Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Mentor Jutawan: Billi Lim 'Failure Guru'

14 December 2008 |

Sudah lama saya tak sentuh pasal ebook mentor jutawan nih. Hari ni saya teruskan kembali dengan ulasan mentor jutawan seterusnya. Episod kali ni adalah giliran 'Failure Guru' iaitu Billi Lim.

Siapakah beliau? Jika anda masih ingat lagi dengan buku 'Dare to Fail', tentunya anda mengenalinya. :) Buku ni memang popular suatu masa dulu. Kalau tak silap, anda rancangan kat tv yang berikan buku ni sebagai salah satu hadiah kepada pemenang. (psst...tak ingat plak rancangan ape.)

Mengapa agaknya beliau dipanggil 'Failure Guru'? Salah satu sebabnya ialah beliau pernah gagal banyak kali dalam pelbagai bidang. Tapi beliau masih tetap seorang yang kelakar dan suka buat lawak. :D

Dalam ebook mentor jutawan ni, beliau turut menceritakan kegagalan yang telah dilalui sejak di zaman persekolahan lagi. Kemudian, dalam bisnes dan bercinta pun beliau pernah gagal.

Namun, di sebalik kegagalan tu tetap ada hikmah tersendiri. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya! Mana taknya, dari situlah beliau mendapat idea untuk menulis buku best-seller 'Dare to Fail' nih.


Saya pun agak tertarik dengan kata-kata beliau iaitu;

Jadi saya nak kongsi dengan semua orang di seluruh dunia walau bagaimana kegagalan, 'there's always a spark of hope.

dan

Jadi kita jangan fikir kalau reject, kita dibenci. Kalau reject, kita marah. Ia hanya sekadar berlainan pendapat sahaja.


Saya yakin kita semua pernah gagal, kan? Kita hanyalah manusia biasa dan tak sesiapa pun yang perfect. Saya pun pernah gagal gak. Harap kata-kata kat atas sikit sebanyak dapat memotivasikan diri anda dan diri saya sendiri.

Selain itu, ada beberapa hal lagi yang dikongsikan lagi oleh insan yang menguasai 5 bahasa ni dalam ebook mentor jutawan. Hasilnya, daripada seorang yang selalu gagal, Billi Lim kini adalah seorang speaker dan konsultan dalam bidang perniagaan dan membina diri. Percaya atau tak, beliau dah ada pengalaman selama 20 tahun dalam bidang tersebut.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah beliau, boleh layari laman web beliau di daretofail.com ataupun miliki terus ebook mentor jutawan. :)

2 comments:

s..a..y..a... (^_^) said...

ya bukunya memberi inspirasi

Unknown said...

@ s..a..y..a... (^_^): Saya pun terinspirasi dgnnya. Terima kasih atas maklumbalas awak. ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...