Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Ulasan Mentor Jutawan. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Mentor Jutawan. Show all posts

Mentor Jutawan: Billi Lim 'Failure Guru'

14 December 2008 |

Sudah lama saya tak sentuh pasal ebook mentor jutawan nih. Hari ni saya teruskan kembali dengan ulasan mentor jutawan seterusnya. Episod kali ni adalah giliran 'Failure Guru' iaitu Billi Lim.

Siapakah beliau? Jika anda masih ingat lagi dengan buku 'Dare to Fail', tentunya anda mengenalinya. :) Buku ni memang popular suatu masa dulu. Kalau tak silap, anda rancangan kat tv yang berikan buku ni sebagai salah satu hadiah kepada pemenang. (psst...tak ingat plak rancangan ape.)

Mengapa agaknya beliau dipanggil 'Failure Guru'? Salah satu sebabnya ialah beliau pernah gagal banyak kali dalam pelbagai bidang. Tapi beliau masih tetap seorang yang kelakar dan suka buat lawak. :D

Dalam ebook mentor jutawan ni, beliau turut menceritakan kegagalan yang telah dilalui sejak di zaman persekolahan lagi. Kemudian, dalam bisnes dan bercinta pun beliau pernah gagal.

Namun, di sebalik kegagalan tu tetap ada hikmah tersendiri. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya! Mana taknya, dari situlah beliau mendapat idea untuk menulis buku best-seller 'Dare to Fail' nih.


Saya pun agak tertarik dengan kata-kata beliau iaitu;

Jadi saya nak kongsi dengan semua orang di seluruh dunia walau bagaimana kegagalan, 'there's always a spark of hope.

dan

Jadi kita jangan fikir kalau reject, kita dibenci. Kalau reject, kita marah. Ia hanya sekadar berlainan pendapat sahaja.


Saya yakin kita semua pernah gagal, kan? Kita hanyalah manusia biasa dan tak sesiapa pun yang perfect. Saya pun pernah gagal gak. Harap kata-kata kat atas sikit sebanyak dapat memotivasikan diri anda dan diri saya sendiri.

Selain itu, ada beberapa hal lagi yang dikongsikan lagi oleh insan yang menguasai 5 bahasa ni dalam ebook mentor jutawan. Hasilnya, daripada seorang yang selalu gagal, Billi Lim kini adalah seorang speaker dan konsultan dalam bidang perniagaan dan membina diri. Percaya atau tak, beliau dah ada pengalaman selama 20 tahun dalam bidang tersebut.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah beliau, boleh layari laman web beliau di daretofail.com ataupun miliki terus ebook mentor jutawan. :)

Ulasan Mentor Jutawan: Chef Li

12 October 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dah lama saya tak buat ulasan mengenai Mentor Jutawan, kan? Kali ni, saya sambung dengan ikon jutawan seterusnya iaitu Dato' Dr. Hj. Rusly Abdullah. Beliau sebenarnya lebih dikenali sebagai Chef Li.

Malah beliau juga seorang penulis buku bestseller iaitu Jutawan Senyap. Karya beliau yang lain pula adalah Petunjuk Jalan Kekayaan, Biar Kecil Asalkan Berhasil dan Orang Kaya Bertaqwa (O.K.B).

Dalam ebook Mentor Jutawan, beliau sempat menceritakan perjalanan hidup beliau. Iaitu bagaimana daripada seorang pegawai bank beralih kepada usahawan makanan. Agak-agak andalah, apasal beliau sanggup menceburi bidang perniagaan makanan nie?

Hahha... inilah yang saya nak ulas sikit. Alkisahnya begini.

Semasa menjawat jawatan sebagai pegawai bank, beliau sering berurusan dengan usahawan dalam bidang makanan nie. Hasilnya, beliau sering melihat cashflow (aliran tunai) mereka ni begitu stabil!

Apa yang lebih penting kalau mereka ni menyimpan, memang untuk simpan teruslah. Bukan simpan kejap, tak lama lepas tu cucuk kat mesin atm. Hehehe...

Dari situ, beliau sendiri mengamati yang perniagaan berasaskan makanan ni mempunyai 3 elemen penting iaitu:

1. Ia merupakan satu bidang yang mudah dipelajari oleh sesiapa saja.

2. Modal permulaan yang diperlukan juga agak rendah iaitu sekitar RM100-RM200 dah boleh.

3. Bagi beliau, ianya mudah dirancang serta diuruskan.

Namun begitu, beliau tak menafikan yang turut menerima kritikan daripada pelbagai pihak. Tapi beliau ada stail tersendiri untuk menangani situasi sebegitu. Salah satu daripadanya adalah kita mesti ada kepercayaan atas setiap perkara yang nak dilakukan tu. :p

Saya nak petik salah satu kata-kata beliau;

Kenapa kita mendapat tentangan? Kerana mereka tidak mempunyai 'belief' dan 'value' kepercayaan dan nilai yang sama dengan kita.

-Chef Li


Selain tu, antara tip penting lain yang turut beliau ceritakan ialah Prinsip 3C. Huraian Prinsip 3C ni agak panjang lebar dan memang tak dapat nak dimuatkan di ruangan yang terhad ni.

Antara rangkuman ringkas Prinsip 3C ni melibatkan teknik masakan komersial, prinsip SALT, marjin keuntungan yang selamat dan yang tak selamat beserta kategorinya sekali. Tak lupa juga formula TNS x L.

Akhir kata, pengalaman Chef Li ni boleh anda jadikan sebagai salah satu contoh. Lebih-lebih lagi kepada anda yang bakal, sedang ataupun telah menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan.

Ok, itu saja dari saya untuk kali nie. Jumpa lagi!

p.s: Jika berkesempatan di lain masa, saya akan sambung dengan ulasan ikon jutawan seterusnya yer. :p

p.p.s: Ataupun anda boleh membaca kisah keseluruhan 8 ikon jutawan di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...