Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Final UCL 2009: Messi Lebur Impian MU

28 May 2009 |

Sebagai peminat bolasepak, anda pasti dah pun tahu keputusan "final" Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2008/09 yang berlangsung awal pagi tadi. Pertemuan di antara Barcelona dan Manchester United tu memihak kepada juara Liga Sepanyol hasil jaringan Samuel Eto'o dan Lionel Messi. Gol-gol tersebut hadir pada minit ke-10 dan 70.

Saya hanya berpeluang menyaksikan "game" pagi tadi ketika babak kedua bermula. Masa tu Barca sedang mendahului 1-0. Apapun, layan dulu beberapa aksi menarik final UCL 2009 tersebut.

samuel eto'o ketika menjaringkan gol pertama



reaksi spontan lionel messi selepas menanduk gol kedua



messi meraikan jaringan bersama thiery henry




Memang tak dinafikan yang Barcelona lebih banyak menguasai perlawanan. Man. United pula tak dapat mempersembahkan aksi terbaik mereka. Kebanyakan gerakan mereka dapat dibaca dan dipatahkan pihak lawan. Barca nyata jelas mempamerkan semangat jitu dan lebih bernafsu untuk menang.

Okaylah, kat bawah ni pula beberapa lagi aksi dan percubaan menarik pemain Barcelona,


lionel messi dicabar wayne rooney dan micheal carrick



percubaan henry berjaya dihalang oleh van der sar



sepakan percuma xavi sekadar menggegar tiang




Akhir sekali, beginilah suasana kegembiraan kem Barca setelah memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 dalam sejarah kelab berkenaan.

pemain barcelona merakam detik-detik kegembiraan



messi bersama rakan sepasukan membawa piala kemenangan ke arah penyokong mereka



Sekali lagi keputusan penuh perlawanan;

Barcelona 2-0 Manchester United

Samuel Eto'o (min. 10)
Lionel Messi (min. 70)



**Semua gambar dipetik dan diubah dari uefa.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...