Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Lionel Messi. Show all posts
Showing posts with label Lionel Messi. Show all posts

Piala Dunia 2010: Argentina Terajui Kumpulan B

18 June 2010 |

Pasukan bimbingan Diego Maradona, Argentina mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Korea Selatan dalam perlawanan kedua Kumpulan B Piala Dunia 2010. Keputusan ini tentunya melegakan beliau dan peminat Argentina amnya. Ini merupakan kemenangan kedua Argentina pada edisi 2010 sekaligus meletakannya pada kedudukan teratas Kumpulan B.

Reaksi Gembira Diego Maradona

Reaksi Gembira Diego Maradona - AP Photo



Walaubagaimanapun, gol pembukaan Argentina disumbangkan oleh pemain Korea sendiri, Park Chu-Young. Iaitu pada minit ke 17. Gol ni boleh dikira nasib sebab nampak macam tak disengajakan?


Gol Sendiri Park Chu-Young

Gol Sendiri Park Chu-Young - Getty Images



Namun begitu, Argentina memadamkan keraguan penyokongnya apabila terus menggandakan kelebihan gol pada minit ke 33 menerusi Gonzalo Higuain. Tapi, sejurus sebelum rehat Korea Selatan pula sempat merapatkan jurang hasil kesilapan pertahanan Argentina. Gol tunggal Korea dijaringkan oleh Lee Chung Yong.

Jadi, sebelum rehat kedudukan perlawanan adalah Argentina mendahului Korea Selatan dengan 2-1.

Gol Gonzalo Higuain

Gol oleh Gonzalo Higuain - AP Photo



Gol Korea oleh Lee Chung Yong

Gol Korea oleh Lee Chung Yong - AP Photo




Pada separuh masa kedua, Argentina menambah dua gol lagi; juga menerusi Gonzalo Higuain. Iaitu pada minit ke 76 dan 80. Higuain sentiasa berada di posisi yang tepat semasa menjaringkan hatrik pada perlawanan ini.

Pun begitu, gerakan yang dimulakan oleh Lionel Messi, Maxi Rodriguez dan Sergio Aguero sebenarnya yang membantu Higuain memperolehi hatrik pertama bersama Argentina.

Gol kedua Higuain menentang Korea Selatan

Gol kedua Higuain menentang Korea Selatan - AP Photo



Hatrik Higuain menentang Korea Selatan

Hatrik Higuain menentang Korea Selatan - AP Photo




Di samping itu, juara Eropah 2004, Greece mencatat kemenangan sulung 2-1 ke atas Nigeria dalam satu lagi perlawanan dalam kumpulan yang sama. Gol Greece di jaringkan oleh Dimitrios Salpingidis (minit 44) dan Vasilis Torosidis(minit 71).

Sebenarnya Nigeria mendahuli 1-0 pada minit ke 16 menerusi Kalu Uche. Tapi, mereka terpaksa bermain 10 orang seawal minit ke 33 apabila Sani Kaita dibuang padang. Pada saya, sepatutnya Kaita perlu lebih tenang. Sebab masa tu, Nigeria sedang di depan.


Keputusan Terkini


Dalam perlawanan satu Kumpulan A sebentar tadi, Mexico berjaya kalahkan Perancis 2-0. Gol Mexico disumbangkan oleh Javier Hernandez (64) dan Cuauhtemoc Blanco(79) menerusi sepakan penalti.


Bagaimana dengan peluang Perancis pada Piala Dunia 2010 ni? Kalau Uruguay seri dengan Mexico, nampaknya memang tertutup. Huhu...

Final UCL 2009: Messi Lebur Impian MU

28 May 2009 |

Sebagai peminat bolasepak, anda pasti dah pun tahu keputusan "final" Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2008/09 yang berlangsung awal pagi tadi. Pertemuan di antara Barcelona dan Manchester United tu memihak kepada juara Liga Sepanyol hasil jaringan Samuel Eto'o dan Lionel Messi. Gol-gol tersebut hadir pada minit ke-10 dan 70.

Saya hanya berpeluang menyaksikan "game" pagi tadi ketika babak kedua bermula. Masa tu Barca sedang mendahului 1-0. Apapun, layan dulu beberapa aksi menarik final UCL 2009 tersebut.

samuel eto'o ketika menjaringkan gol pertama



reaksi spontan lionel messi selepas menanduk gol kedua



messi meraikan jaringan bersama thiery henry




Memang tak dinafikan yang Barcelona lebih banyak menguasai perlawanan. Man. United pula tak dapat mempersembahkan aksi terbaik mereka. Kebanyakan gerakan mereka dapat dibaca dan dipatahkan pihak lawan. Barca nyata jelas mempamerkan semangat jitu dan lebih bernafsu untuk menang.

Okaylah, kat bawah ni pula beberapa lagi aksi dan percubaan menarik pemain Barcelona,


lionel messi dicabar wayne rooney dan micheal carrick



percubaan henry berjaya dihalang oleh van der sar



sepakan percuma xavi sekadar menggegar tiang




Akhir sekali, beginilah suasana kegembiraan kem Barca setelah memenangi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 dalam sejarah kelab berkenaan.

pemain barcelona merakam detik-detik kegembiraan



messi bersama rakan sepasukan membawa piala kemenangan ke arah penyokong mereka



Sekali lagi keputusan penuh perlawanan;

Barcelona 2-0 Manchester United

Samuel Eto'o (min. 10)
Lionel Messi (min. 70)



**Semua gambar dipetik dan diubah dari uefa.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...