Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Ramadhan Dah Tiba - Adab Berpuasa

01 September 2008 |

Salam Ramadhan & Selamat Sejahtera,

Sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1429, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam sama ada di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Untuk itu, saya bercadang ingin menulis beberapa artikel ringkas yang berkait rapat dengan amalan berpuasa. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Pada hari pertama Ramadhan yang mulia ini, saya mulakan dengan menyenaraikan adab-adab berpuasa. Di antara adab yang baik bagi menambahkan kesempurnaan puasa seperti;

1. Jangan banyak meludah.

2. Jangan banyak tidur terutamanya pada waktu siang.

3. Menghindarkan diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.

4. Menjauhkan diri daripada sebarang pendengaran yang haram.

5. Memelihara lidah daripada bercakap bohong, mengumpat, memfitnah atau memaki hamun.

6. Memelihara tangan daripada melakukan perbuatan haram dan mengelakkan kaki melangkah ke tempat-tempat maksiat.

7. Berjimat cermat dalam berbelanja. Terutamanya ketika membeli juadah berbuka dan persiapan menyambut Aidilfitri.

8. Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka.

Kesimpulannya, kesemua adab berpuasa di atas boleh dipraktikkan supaya amalan berpuasa kita lebih sempurna dan berkat. InsyaAllah.

Wassalam.

6 comments:

KNizam said...

selamat ramadhan ya :)

Unknown said...

tq knizam.
slmt bersahur & berpuasa gak. :D

Adry said...

Bagus untuk peringatan ni... thank you... slamat berpuasa...

Adry @ http://www.adrysabry.com/

Unknown said...

sama2 Adry.
slmt berpuasa gak. :)

Anonymous said...

Selamat Berpuasa. Teruskan amalan baik di bulan puasa ke bulan-bulan seterusnya.....ARB Dagang

Unknown said...

terima kasih Rashid.

InsyaAllah, mudah-mudahan kita
dapat meneruskan amalan baik ni
sepanjang tahun.

Selamat Berpuasa Rashid. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...