Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Penjagaan Tayar Kereta Siri 2

21 October 2008 |

Baiklah, saya sambung terus tip penjagaan tayar kereta. Ada 2 aspek lagi yang belum dihuraikan iaitu aspek tekanan angin dan usia tayar itu sendiri.


4) Tekanan angin

Tekanan angin yang sesuai dan stabil memang faktor yang patut dititikberatkan. Selain dapat memanjangkan hayat tayar tu sendiri, secara tak langsung ia dapat meningkatkan prestasi kereta anda sendiri.

Seperti yang anda ketahui, tayar memikul berat kenderaan dan bebanan di dalamnya. Justeru, kalau tekanan angin tu terkurang ataupun terlebih, sikit sebanyak pasti anda akan terasa kesannya.

Makanya, sebaiknya anda periksa dulu tekanan angin sebelum memulakan perjalanan jauh. Jika anda tak jalan jauh, boleh periksanya sekali setiap bulan.

Tekanan angin yang bersesuaian biasanya dah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan itu sendiri, kan? Jadi, anda boleh semak kat buku manual, sticker kat tepi pintu atau tempat duduk, sisi dalam penutup petrol mahupun di tempat yang berkaitan.

Masa untuk periksa tekanan angin dan mengepam pun perlu diambilkira. Seelok-eloknya pada waktu pagi. Masa ni, keadaan tayar masih sejuk. Elakkan dari periksa atau pam pada waktu panas sebab udara mengembang pada waktu itu.

Selain tu, pastikan penutup tiub tayar sentiasa ada dan harus ditukar apabila mengganti tayar baru. Kalau penutup tiub tayar kurang elok, dikhuatiri akan menyebabkan kehilangan angin. Lebih-lebih lagi sewaktu memecut laju. Lagi satu, ia bagi mengelakkan kelembapan luar daripada masuk ke dalam tayar.


5) Usia

Macam manusia, tayar pun ada usia gak. Anda boleh rujuk pada DOT (Department of Transportation) kat sisi setiap tayar tu.

Nombor tersebut bermula dengan DOT dan diikuti dengan 12 angka dan nombor. Paling penting untuk anda ialah angka atau nombor yang pertama dan terakhir. 2 angka atau nombor pertama menunjukkan identiti pengeluar tayar tersebut.

Kod tayar yang dikeluarkan selepas tahun 2000 ada 4 digit di hujung DOT.

2 digit pertama - mewakili minggu tayar tersebut dikeluarkan.
2 digit terakhir - mewakili tahun tayar tersebut dikeluarkan.

Contohnya; DOT2708

Ia menunjukkan tayar DOT2708 dikeluarkan pada minggu ke-27 dalam tahun 2008.

Baiklah, berakhirlah sudah tip penjagaan tayar kereta buat masa ni. Kalau ada sebarang update, saya akan paparkan lagi yer.

Jumpa lagi!

2 comments:

Adry said...

nice tips...


Adry @ http://www.adrysabry.com

Unknown said...

thanks Adry. :p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...