Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Penjagaan Tayar Kereta

21 October 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Di kala hujan yang turun setiap hari kebelakangan ni, saya terpanggil untuk berkongsikan tip penjagaan tayar kereta dengan anda semua. :)

Ada beberapa aspek yang perlu anda amik perhatian kat sini iaitu:

1. Alignment
2. Balancing
3. Melakukan penggiliran
4. Tekanan angin
5. Usia


1) Alignment

Alignment atau bahasa mudahnya meluruskan kedudukan tayar melibatkan proses penyesuaian pada bahagian suspensi depan dan juga belakang. Proses alignment yang tepat mempengaruhi keadaan pemanduan yang lebih baik. Selain tu, ia dapat memanjangkan jangka hayat tayar kereta anda gak.

Proses alignment melibatkan 3 elemen iaitu camber, caster dan toe. Ia dilakukan bergantung kepada gaya pemanduan anda sendiri. Anda boleh melakukan alignment apabila;

  • Terlanggar sesuatu benda macam batu atau lubang.
  • Bunga tayar dah agak haus.
  • Rasa tak selesa dengan keadaan pemanduan.

2. Balancing

Balancing atau proses keseimbangan tayar biasanya dibuat sama ada selepas anda mengganti tayar baru ataupun menanggalkan tayar atas sesuatu sebab. Mungkin juga jika berlakunya perubahan berat ke atas salah satu tayar kereta anda.

Tayar akan hilang keseimbangan jikalau salah satu daripadanya mengalami perubahan. Sama ada ia terlalu ringan ataupun berat berbanding yang lain.

Kesannya, bunga tayar akan cepat haus dan gegaran. Silap haribulan, ia boleh memendekkan jangka hayat komponen kereta yang lain. :(


3. Penggiliran

Untuk menambahkan jangka hayat tayar kereta, proses penggiliran terhadap keempat-empat tayar patut dibuat. Tukar kedudukan tayar tue. Caranya adalah setiap tayar beserta rimnya skali dipindahkan ke tapak tayar yang lain.

Tujuannya bagi memastikan kesemua tayar dapat digunakan secara rata dan tahan lama. Jangkamasa yang disyorkan untuk melakukan penggiliran tayar ini ialah untuk setiap jarak 6000 - 8000 km perjalanan.

Okaylah, saya berhenti dulu kat sini. Jap lagi saya sambung 2 aspek terakhir tu yer. :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...