Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

7 Cara Melawan Perasaan Negatif

07 February 2009 |

Perasaan negatif boleh menghantui diri sesiapa saja. Kalau nak buat sesuatu perkara atau tugasan, pasti ade jer rasa malas atau cepat bosan. Lepas tu, sesuatu kerja tu mesti tertangguh punyer. Faktor ini boleh jadi dipengaruhi oleh keadaan persekitaran anda.





Jadi, jangan biarkan diri anda dihantui misteri oleh pengaruh negatif tu. Sentiasa fokus, tetapkan matlamat dan teruskan usaha anda dengan 7 cara berikut:


[1] Tetapkan sejumlah masa yang mencukupi untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Masa tu mengambilkira kepada keupayaan semasa anda dan bila ia perlu disiapkan. Kemudian, anda beri ruang pada diri sendiri untuk melaksanakannya.


[2] Sediakan jadual yang mengandungi perancangan dan perlaksanakan sesuatu tugasan. Ini sikit sebanyak membantu anda sentiasa berada di landasan yang betul.

Anda juga perlu menjangkakan sesuatu yang tak dijangka akan berlaku. Maksudnya sediakan pelan B sebagai alternatif jikalau ada sesuatu yang tak diduga menimpa anda.


[3] Jadual tu boleh anda buat secara harian, mingguan, bulanan ataupun tahunan. Ikut keperluan anda. Mungkin ada sesetengah hal anda perlukan perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Catatkan sebarang urusan yang penting yang perlu anda buat. Ini bagi memastikan setipa urusan anda berjalan seperti dirancangkan dan terkawal.


[4] Latih diri untuk membuat sesuatu kerja hingga siap. Jangan berhenti atau mudah mengalah sebelum menyelesaikannya. Ini adalah tanggungjawab anda!


[5] Bagi mengelakkan kebosanan, carilah pembaharuan dalam melakukan tugasan anda. Mungkin anda perlu buat sedikit kajian untuk mencari sesuatu yang baru dan menarik!


[6] Gunakan anugerah yang tak ternilai iaitu akal dalam menangani segala permasalahan. Elakkan daripada terikut-ikut dengan emosi diri.

Jika tindak tanduk anda dipengaruhi emosi, ia bukannya jalan penyelesaian terbaik. Malah, ia makin memburukkan keadaan dan otak anda makin serabut.


[7] Elakkan merokok, mengambil dadah, pil khayal dan ubat-ubatan lain yang sebenarnya tak membantu anda langsung. Ia hanyalah keseronokan sementara.

Selain tu, ia boleh melemahkan syahwat dan mengurangkan jumlah air mani yang sihat gak!


Mudah-mudahan 7 perkara yang disebutkan tadi dapat membantu anda melawan perasaan serta pengaruh negatif dalam diri. Tak kiralah dalam apa jua tugasan atau pencapaian yang anda sasarkan, pastikan anda percaya pada diri sendiri, tetapkan matlamat, fokus dan usahakannya sampai berjaya!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...