Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

9 Persiapan Awal Mengadakan Majlis Perkahwinan

26 April 2009 |

Memandangkan agak banyak kad jemputan kahwin yang mula diterima, rasanya baik saya tonjolkan topik berkaitan perkahwinan pula. Kali ini saya akan sentuh mengenai persiapan awal bagi menjayakan sesuatu majlis perkahwinan. Kepada anda yang bakal disatukan tu, 9 perkara di bawah nanti mungkin dapat membantu. :)


gambar majlis perkahwinan Que dan Linda
Gambar hiasan - budiey.com



Persiapan awal yang dimaksudkan adalah;


1. Buat persiapan perkahwinan anda mengikut perancangan yang dipersetujui kedua belah pihak. Terutamanya berapa peruntukkan belanja keseluruhan termasuklah jumlah tetamu, barang hantaran, menu hidangan, upah jurugambar dan lain-lain.


2. Mula-mula, hantarkan dahulu kad jemputan kepada tetamu kehormat atau orang kenamaan (jika ada) dan saudara mara yang tinggal berjauhan.


3. Bagi saudara mara yang datang dari jauh, seelok-eloknya anda sediakan juga tempat penginapan untuk mereka.


4. Jika anda nak jimat, pilih saja rekabentuk kad jemputan kahwin yang harganya berpatutan. Tak perlu yang mahal sangat.

Apa yang lebih penting adalah kerjasama ia menarik dan mudah dibaca serta mempunyai peta yang lengkap.


5. Pastikan anda menghias bilik tidur pengantin sebaik mungkin. Ini pasti akan menceriakan suasana malam pengantin baru anda berdua.

Terpulanglah kepada konsep kegemaran anda berdua. Sama ada ringkas, ala Inggeris atau moden kontemporari, pastikan ia tak terlebih dari peruntukkan asal.


6. Mengenai soal makanan pula, ada baiknya anda tempah melebihi jumlah jemputan. Biar lebih. Jangan sampai ada jemputan yang tak dapat menjamu selera pulak.


7. Soal pakaian pengantin, anda tentukan di mana ingin menempah atau menyewanya. Pertimbangkan juga jenis fabrik, warna dan aksesori tambahan.

Pastikan rekaannya sesuai dengan bentuk tubuh anda dan selesa dipakai. Pemilihan warna pula harus sesuai dengan warna kulit anda berdua.


8. Berbincanglah tentang siapa yang bertanggungjawab untuk menyimpan cincin kahwin (gambar - Impian Pengantin) anda sementara menanti hari kemuncak.

Anda harus saling mempercayai dalam hal ini. Pastikan orang yang dipertanggungjawabkan (anda atau pasangan) tu memang boleh diharap.

Pastikan ia selamat dan disimpan rapi. Paling penting, jangan sampai terlupa atau tertinggal semasa hari bersejarah anda tu.



9. Sebagai alternatif kepada pasangan yang sentiasa sibuk, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak tertentu. Contohnya macam 'wedding planner'.

Telitilah pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh pihak tersebut. Kalau perlu, buat sedikit research untuk mendapatkan perunding perkahwinan yang terbaik dan berpatutan.

Dengan cara ini, anda sebenarnya dapat jimat masa dan tenaga, tak gitu?

Kalau anda bijak mencari dan pandai tawar-menawar, pasti akan dapat memenuhi keperluan tersebut pada harga yang lebih murah tapi puas hati.


Begitulah serba sedikit info buat bakal pengantin semua. Sekiranya anda memerlukan panduan perancangan yang lebih menyeluruh, saya syorkan anda mendapatkannya di sini [klik]. Anda pasti lebih yakin untuk mengadakan majlis perkahwinan impian sendiri kelak. =)




Selamat Pengantin Baru!

2 comments:

mie said...

bagus tips ni..
akan diikuti..

Unknown said...

@ mie: Terima kasih mie. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...