Hari Asyura merupakan hari ke-10 dalam bulan Muharram. Pada hari Asyura ni juga telah berlaku pelbagai peristiwa penting. Antaranya Allah telah menjadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi, menerima taubat Nabi Adam, menyelamatkan Nabi Ibrahim dari kekejaman Raja Namrud yang membakar baginda hidup-hidup dan beberapa peristiwa penting lain.
Sehubungan itu, umat Islam digalakkan melakukan beberapa amalan sunat bagi menyambut kedatangan hari yang penuh bermakna tersebut. Di sini saya nyatakan 4 amalan yang boleh anda lakukan;
1. Berpuasa
Iaitu berpuasa pada hari ke-9 dan 10 di bulan Muharram.
Terdapat beberapa hadis berkaitan dengan amalan berpuasa pada hari Asyura ni iaitu:
Dari Abu Musa R.A:-"Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan oleh orang-orang yahudi dan dijadikannya Hari Raya. Maka bersabda Rasulullah S.A.W: Puasalah kamu di Hari Asyura itu." (Sahih Muslim)
Dari Abu Qatadah R.A:-
"Rasulullah ditanyai orang perihal berpuasa pada Hari Asyura (10 Muharram). Baginda bersabda: Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa tahun yang lampau." (Sahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas R.A:-"Rasulullah S.A.W bersabda: Nescaya jikalau saya masih hidup sampai tahun muka (depan), tentulah saya akan berpuasa pada hari kesembilan bulan Muharram (Tasu'a)." (Sahih Muslim)
2. Berdoa
Sekiranya anda berpuasa pada Hari Asyura, sebaik-baiknya perbanyakkanlah berdoa kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan segala permohonan anda tu akan diperkenankan oleh-Nya.
3. Bersedekah
Anda disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah. Malah, sesiapa yang bersedekah kepada golongan fakir miskin, ia akan mendapat 70 pakaian syurga.
Menurut Ibnu Umar: "Barangsiapa yang bersedekah pada Hari Asyura, seolah-olah dia bersedekah satu tahun."
4. Menggembirakan keluarga
Satu lagi amalan sunat pada Hari Asyura ialah menggembirakan ahli keluarga ataupun saudara mara anda yang terdekat.
Ianya boleh dijayakan dengan melebihkan duit belanja pada hari tersebut ataupun menyediakan makanan dan minuman yang agak sedap atau istimewa daripada hari biasa.
Rasullullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun."
Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Asyura dan penuhilah hari tersebut dengan amalan-amalan yang digalakkan dalam Islam.
0 comments:
Post a Comment