Urmmm... Nampaknya dah lama saya tak mengisi blog ini dengan tip jimat cermat. Jadi, apakata hari ini saya senaraikan beberapa tip jimat air di rumah anda.
1. Semasa menggunakan sinki sama ada untuk
- Gosok gigi,
- Cuci muka atau
- Bercukur
pastikan anda tidak membuka air paip dan membiarkan ia mengalir begitu saja.
Elak pembaziran air di sinki - blog.sierratradingpost.com
2. Sekiranya berlaku kebocoran paip, anda baikilah ia sesegera yang boleh.
3. Jika anda mandi dengan menggunakan air pancuran, elakkan membuka pili pada tahap maksimum. Dalam ertikata lain, gunakanlah pancuran pada tekanan rendah ya.
Air pancuran bertekanan rendah - mint.com
4. Anda juga boleh letakkan baldi ketika mandi menggunakan air pancuran. Tujuannya supaya air yang berlebihan dapat ditadah dan tak terbuang begitu saja.
Sebaliknya, anda boleh gunakan air dalam baldi tadi untuk menyiram pokok bunga ataupun sayur-sayuran.
Gunakan air lebihan mandi - actonco2.direct.gov.uk
Alternatif lain, anda boleh gunakan air lebihan tadi untuk menjirus tandas apabila perlu.
Baiklah, rasanya cukup sampai sini dulu. Nanti saya sambung lagi ya. :)
0 comments:
Post a Comment