Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Lee Chong Wei Jinakkan Lin Dan

26 September 2010 |

Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun 2010 mencapai kemuncaknya hari ini. Dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei menjinakkan Lin Dan 22-20, 16-21 dan 21-17. Wajah kegembiraan terpancar sebaik saja beliau berjaya menjinakkan lawannya selepas bertarung selama 1 jam 21 minit.


Dalam perlawanan lain membabitkan pemain negara ialah dalam acara beregu lelaki. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bertemu Cai Yun-Fu Haifeng. Perlawanan sedang berlangsung dalam set penentuan. Di mana Koo Kien Keat-Tan Boon Heong sedang ketinggalan 21-18, 14-21 dan 7-14.

Satu fakta menarik dalam kedua-dua perlawanan di atas adalah pemain Malaysia diletakkan sebagai pilihan pertama dan lawan dari China merupakan pilihan kelima kejohanan. Namun, keputusannya mungkin berbeza.


Berikut merupakan keputusan penuh lain perlawanan akhir badminton Siri Super Terbuka Jepun 2010;





Akhir kata, tahniah buat Datuk Lee Chong Wei.



[UPDATE] Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tewas di tangan Cai Yun Fu Haifeng 21-18, 14-21 dan 12-21.

Tevez Calar Rekod Chelsea

|

Bintang Manchester City dari Argentina, Carlos Tevez sekali lagi mengecewakan penyokong Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (BPL) 2010/11 semalam. Jaringannya pada minit ke 59 sudah cukup untuk mencalarkan rekod 100% kemenangan Chelsea dalam liga.




Tak salah saya, ini adalah jaringan ke-5 Carlos Tevez ke atas Chelsea sejak musim lepas.

Walaubagaimanapun, kekalahan Chelsea tidak menggugat kedudukan mereka di tangga teratas carta liga setakat ini. Jika Manchester Untited menang ke atas Bolton hari ini pun, ia cuma akan memintas kedudukan Arsenal saja.

Arsenal turut menerima nasib yang sama dengan Chelsea. Di mana mereka dikejutkan oleh West Brom dengan jaringan 2-3 di tempat sendiri.


Berikut adalah keputusan lain perlawanan semalam dan jadual untuk perlawanan hari ini;


Permulaan Baik Chelsea

16 September 2010 |

Khusus buat anda yang meminati bolasepak Eropah, Liga Juara-Juara Eropah 2010/11 telah bermula sejak semalam. Pagi tadi pun ada perlawanan melibatkan pasukan dari kumpulan E, F, G dan H.

Sebagai peminat The Blues, perlawanan yang dinantikan tentulah di antara Chelsea dan MSK Zilina. Namun, saya hanya berkesempatan melihat sebahagian saja perlawanan awal pagi tadi. Di mana Chelsea menang 4-1.

Pada separuh masa pertama, Chelsea bermula dengan penuh yakin dan mendahului 3-0 menerusi Michael Essien (minit 13) dan Nicolas Anelka (minit 24 dan 28).


Anelka, Essien & Malouda - Getty Image



Selang 3 minit pada separuh masa kedua, Chelsea terus memberikan tekanan kepada MSK Zilina hasil jaringan Daniel Sturridge. Namun, gol itu tak mematahkan semangat pemain Zilina.

Mereka terus menyerang dan berjaya melakukan beberapa percubaan menarik. Hasilnya, pada minit ke 55 mereka memperolehi gol saguhati apabila berjaya membolosi gawang Chelsea.


Dalam perlawanan lain, berikut adalah keputusannya;



Manakala kedudukan setiap pasukan mengikut kumpulan adalah;




13 Perkara Sunat Hari Raya Aidilfitri

09 September 2010 |

Esok, umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal setelah genap sebulan berpuasa. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta memohon maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam terutamanya yang sudi menjengah blog ini.


Ketupat


Topik yang sesuai untuk diperkatakan sekarang ni tentulah berkaitan Hari Raya, kan? Sehubungan itu, apakata kita bincangkan mengenai perkara sunat Hari Raya Aidilfitri. Kebetulan pagi tadi, saya dapat sedikit info melalui rancangan Tanyalah Ustaz di tv9.


Jadi, rasanya baik saya terus kongsi dengan anda. Walaupun tahun lepas saya pernah kongsikan topik yang hampir sama, kali ini ada tambahan sedikit.



-> 13 amalan sunat Aidilfitri yang dimaksudkan adalah;



1. Takbir.

Anda boleh mula bertakbir selepas maghrib nanti.


2. Mandi sunat hari raya.

Jikalau 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, anda boleh niat untuk sunat hari raya dan sunat hari Jumaat.


3. Merapikan badan.

Potong kuku, misai, bulu hidung dan mana-mana bahagian lain yang perlu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.


4. Memakai pakaian yang terbaik dalam koleksi anda.

Pakaian yang terbaik tak semestinya pakaian baru. Boleh gunakan pakaian yang pernah digunakan serta bersesuaian untuk ke masjid atau surau.


5. Menjamah makanan sebelum solat.

Pada Hari Raya Aidilfitri, anda disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.


6. Mengucapkan tahniah.

Anda digalakkan mengucapkan Selamat Hari Raya ataupun tahniah kepada umat Islam yang lain sebagai tanda melahirkan kegembiraan.

Sekiranya ada rakan anda yang bersedih, bantulah mereka dari segi emosi. Tenangkan atau sabarkan mereka atas dugaan yang dihadapi.


7. Solat Sunat Aidilfitri.

Sebaiknya anda solat secara berjemaah di masjid. Namun, sekiranya anda tak sempat atau terbangun lewat, boleh lakukan secara bersendirian.


8. Pergi dan balik ke masjid dengan melalui jalan yang berlainan.

Tujuan disunatkan perkara ini supaya anda dapat berjumpa dengan lebih ramai orang. Secara tak langsung, ia boleh mengeratkan silaturahim sesama anda.


9. Bersedekah.

Hari Raya dengan duit raya memang sukar dipisahkan. Sekiranya anda bercadang nak beri duit raya, berniatlah untuk bersedekah dan kerana mengikut sunnah Nabi SAW.


10. Zakat Fitrah.

Bagi anda yang berkemampuan, tunaikanlah zakat fitrah ya.


11. Ziarah-menziarahi.

Ziarah atau berkunjung ke rumah keluarga serta sanak saudara mahupun jiran tetangga memang menjadi dah menjadi adat.

Namun, di samping anda ziarah-menziarahi tu, niatkan sekali yang tujuan anda ialah untuk mengeratkan silaturahim serta bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Kan lebih elok macam tu. :)


12. Meraikan anak yatim.

Anda boleh meraikan anak yatim yang dalam kesedihan. Maklumlah, mereka pasti teringat atau terkenang akan bapa, ibu atau kedua-dua orang tua yang telah pergi.


13. Puasa 6

Amalan puasa 6 hari dalam bulan Syawal memang tak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Bermula pada 2 Syawal, anda boleh lakukannya secara berturut-turut atau tidak.



Sekian saja 13 perkara sunat Aidilfitri yang boleh saya kongsikan dengan anda. Mudah-mudahan ia memberi munafaat kepada anda. Jikalau terdapat sebarang kesilapan pada mana-mana perkara di atas, saya mohon maaf dan anda boleh sama-sama tolong perbetulkannya pada ruangan komen ya. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...