Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

9 Amalan Sunat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

19 September 2009 |

Setelah melalui pelbagai dugaan sepanjang bulan Ramadhan, kini tibalah masanya umat Islam berhari raya. Pada hari kemenangan ini, seharusnya momentum memperbanyakkan amal ibadah patut anda teruskan. Salah satunya adalah dengan mengerjakan amalan sunat Hari Raya.

Terdapat beberapa perkara sunat Aidilfitri yang boleh anda buat. Antaranya:

1. Bertakbir sama ada di masjid, surau, rumah mahupun di dalam perjalanan. Iaitu bermula daripada malam raya sehinggalah terbenam matahari 1 Syawal.

2. Selain tu, anda juga boleh memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih memuji Yang Maha Esa.

3. Mengemas serta menghias rumah agar kelihatan bersih dan cantik.

4. Mandi sunat Aidilfitri. Jangan lupa untuk bersugi tau.

5. Memakai pakaian terbaik yang ada dalam koleksi anda. Anda juga disunatkan memakai pewangi.

6. Menjamah juadah yang ada sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

7. Membayar zakat fitrah. Masanya adalah di antara selepas solat Subuh hinggalah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

8. Pergi menunaikan solat dengan berjalan kaki.

9. Memilih laluan yang berbeza semasa anda pergi dan balik daripada menunaikan solat.

Begitulah 9 amalan sunat yang boleh anda laksanakan sepanjang 1 Syawal ni. Kalau ada yang nak tambah, dipersilakanlah yer. :)

Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata @ tulis sama ada di blog ini, Petua Sejagat dan mahupun di Tudung Via Online.


Taqabballahuminna Wamin Ka @ Taqabballahuminna Wamin Ki buat seluruh umat Islam walau di mana anda jua berada.

1 comments:

Unknown said...

Update: Anda boleh rujuk di SINI untuk mengetahui beberapa amalan sunat tambahan sempena Aidilfitri.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...