Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Ulasan Rahsia Emas: Raih Keuntungan Melalui Pelaburan Emas

28 August 2009 |

Saban tahun, nilai emas selalunya akan menunjukkan peningkatan. Kalau buat pelaburan, mesti boleh untung. Jika anda hanya melihat dalam jangkamasa pendek, perubahannya mungkin tak terasa. Tapi, bagaimana pula dengan perbezaan dalam masa 5 atau 10 tahun? Kalau anda kurang pasti, cuba tengok perbandingan harga emas dalam masa setahun dan juga 10 tahun seperti di bawah.


rajah perbezaan harga emas
Graf 1: Perbezaan harga emas dalam masa setahun


rajah perbezaan harga emas 2
Graf 2: Perbezaan harga emas dalam masa 10 tahun



Melalui 2 graf di atas, tentu anda nampak sikit sebanyak apa yang saya maksudkan. Iaitu peningkatan harga emas dalam masa 10 tahun amat ketara berbanding dengan peningkatannya dalam tempoh setahun.

Jika dilihat pada graf 1, anda dapati keadaan semasa harga emas macam tak stabil. Kejap naik dan kejap turun. Sebaliknya, untuk jangkamasa panjang seperti dalam graf 2, barulah anda dapat lihat yang harga emas akan sentiasa meningkat. Walaupun harganya pernah jatuh, ia tetap akan naik semula. Begitulah "trend" nya.

Baiklah, anda juga mesti tertanya-tanya apa kena-mengena hai ni semua dengan diri anda. Satu saja yang saya nak anda tahu iaitu KEUNTUNGAN.


Baru-baru ini, saya baru saja baca ebook emas-emas yang hilang. Sebelum ni, saya memang tak tau apa-apa pasal pelaburan emas. Sebab selalunya beranggapan yang emas ni lebih sinonim dengan wanita, kan?

Tapi minda ni lebih terbuka lepas menelaah strategi yang telah dikongsikan oleh penulis. Sebenarnya anda pun boleh buat untung dengan pelaburan emas. Syaratnya, anda perlulah ada modal, ilmu mengenainya dan matlamat yang jelas. Sama ada untuk jangka masa pendek, sederhana ataupun panjang.

Anda mungkin akan mula teruja apabila sampai pada topik 3. Iaitu bagaimana nak mula melabur emas. Di sini, anda akan mengenali jenis-jenis emas yang boleh dilabur. Juga apa yang patut anda buat untuk mendapatkan keuntungan melalui pelaburan barang kemas. Selama ni, anda asyik rugi jer bila gadai barang kemas, kan? Lepas dah tahu taktiknya, tentu anda boleh elakkan kerugian tu. :)

gambar hiasan rantai emas
Gambar hiasan rantai emas


Selain barang kemas, ada juga ditunjukkan cara anda boleh membuat untung melalui bar emas, syiling emas dan melalui akaun pelaburan emas Public Bank. Kelebihan dan kekurangan untuk pelaburan setiap jenis emas pun ada diberitahu kat situ.

Topik seterusnya pula bertujuan memberi anda kefahaman mengenai faktor yang mempengaruhi harga pasaran emas. Bila anda dah faham konsepnya, semuanya akan mudah dan terkawal.

Satu lagi topik yang paling bernilai adalah strategi pelaburan emas. Penulis telah berkongsi pengalamannya sendiri di sini. Apa tujuan dan bagaimana beliau melabur serta di mana hendak melabur buat kali pertama untuk mendapat keuntungan dalam masa 8 bulan. Kemudian, anda boleh ikut strategi itu dan menikmati hasilnya.

Namun begitu, seperkara yang lebih penting setelah anda memahami ebook rahsia emas ni adalah anda boleh menguruskan pelaburan emas ni sendiri. Tak perlulah nak menyertai mana-mana skim, syarikat ataupun melalui orang tengah. Lebih jimat dan pastinya lebih untung.


Akhir kata, jika anda ingin mempelajari selok belok pelaburan emas dan meraih keuntungan daripadanya, dapatkanlah satu salinan ebook rahsia emas. Sebab jualannya akan ditutup sebaik sahaja kuota terhad dipenuhi.



[UPDATE] Ebook rahsia emas telah ditutup jualannya. Harap maaf. Sebagai alternatif yang lebih baik, anda boleh mendapatkan ebook rahsia emas Azizi Ali. Jika anda berminat, sila layari laman web melalui banner di bawah






Saya bimbang kalau anda terlambat nanti, anda tak berpeluang langsung mengetahui benda yang sepatutnya anda tahu. :[

2 comments:

sah90 said...

macam menarik..
(^_^)

Unknown said...

@ sah90: ebook ni boleh dijadikan panduan kalau awak nak tahu selok-belok mengenai pelaburan emas dan kenapa perlu melabur dalam emas? banyak ilmu berkaitan emas yang saya dapat dalam ebook tu. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...