Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

13 Perkara Sunat Hari Raya Aidilfitri

09 September 2010 |

Esok, umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal setelah genap sebulan berpuasa. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta memohon maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam terutamanya yang sudi menjengah blog ini.


Ketupat


Topik yang sesuai untuk diperkatakan sekarang ni tentulah berkaitan Hari Raya, kan? Sehubungan itu, apakata kita bincangkan mengenai perkara sunat Hari Raya Aidilfitri. Kebetulan pagi tadi, saya dapat sedikit info melalui rancangan Tanyalah Ustaz di tv9.


Jadi, rasanya baik saya terus kongsi dengan anda. Walaupun tahun lepas saya pernah kongsikan topik yang hampir sama, kali ini ada tambahan sedikit.



-> 13 amalan sunat Aidilfitri yang dimaksudkan adalah;



1. Takbir.

Anda boleh mula bertakbir selepas maghrib nanti.


2. Mandi sunat hari raya.

Jikalau 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, anda boleh niat untuk sunat hari raya dan sunat hari Jumaat.


3. Merapikan badan.

Potong kuku, misai, bulu hidung dan mana-mana bahagian lain yang perlu sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.


4. Memakai pakaian yang terbaik dalam koleksi anda.

Pakaian yang terbaik tak semestinya pakaian baru. Boleh gunakan pakaian yang pernah digunakan serta bersesuaian untuk ke masjid atau surau.


5. Menjamah makanan sebelum solat.

Pada Hari Raya Aidilfitri, anda disunatkan menjamah sedikit makanan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.


6. Mengucapkan tahniah.

Anda digalakkan mengucapkan Selamat Hari Raya ataupun tahniah kepada umat Islam yang lain sebagai tanda melahirkan kegembiraan.

Sekiranya ada rakan anda yang bersedih, bantulah mereka dari segi emosi. Tenangkan atau sabarkan mereka atas dugaan yang dihadapi.


7. Solat Sunat Aidilfitri.

Sebaiknya anda solat secara berjemaah di masjid. Namun, sekiranya anda tak sempat atau terbangun lewat, boleh lakukan secara bersendirian.


8. Pergi dan balik ke masjid dengan melalui jalan yang berlainan.

Tujuan disunatkan perkara ini supaya anda dapat berjumpa dengan lebih ramai orang. Secara tak langsung, ia boleh mengeratkan silaturahim sesama anda.


9. Bersedekah.

Hari Raya dengan duit raya memang sukar dipisahkan. Sekiranya anda bercadang nak beri duit raya, berniatlah untuk bersedekah dan kerana mengikut sunnah Nabi SAW.


10. Zakat Fitrah.

Bagi anda yang berkemampuan, tunaikanlah zakat fitrah ya.


11. Ziarah-menziarahi.

Ziarah atau berkunjung ke rumah keluarga serta sanak saudara mahupun jiran tetangga memang menjadi dah menjadi adat.

Namun, di samping anda ziarah-menziarahi tu, niatkan sekali yang tujuan anda ialah untuk mengeratkan silaturahim serta bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Kan lebih elok macam tu. :)


12. Meraikan anak yatim.

Anda boleh meraikan anak yatim yang dalam kesedihan. Maklumlah, mereka pasti teringat atau terkenang akan bapa, ibu atau kedua-dua orang tua yang telah pergi.


13. Puasa 6

Amalan puasa 6 hari dalam bulan Syawal memang tak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Bermula pada 2 Syawal, anda boleh lakukannya secara berturut-turut atau tidak.



Sekian saja 13 perkara sunat Aidilfitri yang boleh saya kongsikan dengan anda. Mudah-mudahan ia memberi munafaat kepada anda. Jikalau terdapat sebarang kesilapan pada mana-mana perkara di atas, saya mohon maaf dan anda boleh sama-sama tolong perbetulkannya pada ruangan komen ya. :)


1 comments:

gaigeraad said...

Slotyro Casino - MapyRO
Slotyro Casino. Mapyro 여수 출장샵 Casino. Mapyro Casino is located 광양 출장안마 at 2116 South Street NW in Hiring, United States. Find 공주 출장샵 reviews and 정읍 출장샵 contact 이천 출장샵 details for casinos in

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...