Juara lima kali, Brazil tersingkir pada saingan suku akhir Piala Dunia 2010 selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Belanda. Skuad "Oranje" itu menang 2-1 walaupun ketinggalan 0-1 selepas Robinho berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 10.
Getty Images
Namun, setelah permainan masuk ke minit 53, Felipe Melo pula menjaringkan gol sendiri. Gol ini seakan menyuntik semangat buat Belanda. Selang 15 minit kemudian, Wesley Sneijder berjaya menanduk masuk untuk membolehkan Belanda di depan dengan kedudukan 2-1.
AFP/AP Photo
Getty Images
Kedudukan ini kekal hingga tamat permainan dan Belanda mengesahkan tiket ke separuh akhir. Lawan mereka nanti ialah Uruguay yang menewaskan Ghana 4-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada masa sebenar.
Ghana nyata mensia-siakan peluang keemasan pada minit terakhir permainan. Mereka memperoleh sepakan penalti selepas Luis Suarez cuba menyelamatkan gawang Uruguay dengan menggunakan tangan.
AP Photo
Akibatnya, Suarez dibuang padang dan Ghana diberikan sepakan penalti. Malangnya, tendangan Asamoah Gyan terkena palang dan memaksa perlawanan berlanjutan ke sepakan penalti.
Penentuan menerusi sepakan penalti ternyata bukan milik Ghana. Sepakan dua pemainnya berjaya dibaca dan diselamatkan oleh penjaga gawang Uruguay, Fernando Muslera.
0 comments:
Post a Comment