Di kesempatan yang ada ni, saya nak sambung beberapa lagi tip jimat air dengan anda. Harap anda sudilah meneruskan pembacaan ya. :)
1. Bagi anda yang memiliki banyak pokok bunga atau tanaman di rumah, anda mungkin menggunakan pemercik air untuk menyiramnya, kan?
Sama juga kesnya kalau anda nak cuci kereta ataupun motor pada waktu lapang.
Jadi, pastikan tekanan pemercik air berada pada tahap sederhana. Cuba elak daripada menggunakan tekanan tahap maksimum.
Pemercik air - weedtwister.com
Jika anda rasa tekanan air tak cukup kuat, cuba periksa keadaan salur getah tu kejap. Kekadang ia berbelit-belit atau terlipat. Itu yang membuatkan tekanan air menjadi rendah sebab pengalirannya tersekat.
2. Tapi kalau di rumah anda hanya ada sedikit pokok bunga, saya cadangkan gunakan air yang telah ditadah dalam baldi. Ataupun bekas khas untuk menyiram yang biasa tu.
Bekas Menyiram Air - faqs.org
3. Selain daripada faktor penggunaan air, pemilihan baja untuk tanaman juga memainkan peranan.
Anda digalakkan memilih baja nitrogen yang berasaskan air.
4. Sebelum anda bercadang nak membina landskap di halaman rumah, lakukan perancangan dengan mengambilkira penggunaan air. Terutamanya dalam pemilihan "water feature".
Mendip Rock Water Feature - newviewlandscapes.net
Jika boleh, elakkan "water feature" yang menggunakan air yang terlalu banyak. Anda boleh berbincang pereka landskap tersebut.
5. Begitu juga dengan ketinggian rumput (jika ada) di halaman rumah. Pastikan ia dalam ketinggian sederhana panjang iaitu sekitar 6 sm.
Tujuannya supaya rumput tersebut dapat menyimpan air secara lebih efektif dan efisien.
6. Akhir sekali, sebagai langkah berjimat cermat, anda tukarkan kebiasaan ketika membersihkan halaman rumah.
Selalunya, saya dapati ramai yang menggunakan air untuk membersihkan kawasan yang bersimen. Apakata anda kaedah kepada menyapu. Pasti lebih banyak air yang dapat anda jimat kat situ.
Begitulah serba sedikit cara jimat yang sempat saya kongsi dengan anda. Soal perlaksanaannya, terpulanglah pada anda. Anda yang tentukannya.
Saya harap tip jimat cermat kali ini membantu anda ya. :)
2 comments:
air kat selangor murah. tuh yang ramai membazir tuh. haihhh......
@ Aidi-Safuan: Kalo murah, ramai membazir. Kalo mahal, ramai merungut. Huhu...
Post a Comment