Dua wakil Amerika Selatan, Uruguay dan Argentina berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga teratas. Uruguay menewaskan Mexico 1-0 menerusi Luiz Suarez (minit 43). Argentina pula memperolehi dua gol lewat menerusi Martin Demichelis (minit 77) dan Martin Palermo (minit 89) untuk menang ke atas Greece.
Gol Luiz Suarez untuk Uruguay - AP Photo
Gol Pertama: Martin Demichelis - Getty Images
Gol Kedua: Martin Palermo - Getty Images
Walaupun tewas, Mexico akan mengiringi Uruguay untuk meneruskan cabaran ke pusingan kedua sebagai wakil kumpulan A. Tetapi kekalahan Greece bermakna mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Gergasi Asia, Korea Selatan turut layak selepas seri 2-2 dengan Nigeria. Korea Selatan berada di belakang Argentina dalam kumpulan B.
Pada pusingan kedua nanti, Uruguay akan berhadapan dengan Korea Selatan pada 26 Jun ini. Pada awal pagi esoknya pula, Argentina bertemu Mexico. Haha... ini perlawanan ulangan masa Piala Dunia 2006 di Jerman. Pada masa tu, Argentina menang 2-1. Gol cantik Maxi Rodriguez mengesahkan tempat Argentina di suku akhir.
Manakala tuan rumah Piala Dunia 2010, Afrika Selatan terpaksa berputih mata walau menang ke atas Perancis. Kemenangan 2-1 itu belum cukup kerana Mexico mempunyai kelebihan jaringan.
Gol-gol Afrika Selatan dijaringkan oleh Bongani Khumalo (minit 20) dan Katlego Mphela (minit 37). Perancis pula membalas menerusi pemain Chelsea, Florent Malouda pada minit ke 70.
Gol Katlego Mphela belum mencukupi buat Afrika Selatan - AP Photo
Peminat Afrika Selatan mungkin kecewa. Ini didebabkan kegagalan pasukan mereka menghasilkan lebih banyak gol walaupun Perancis terpaksa bermain dengan 10 orang sejak minit ke 26 lagi.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment