Mungkin terlalu awal untuk saya memperkatakan pasukan manakah yang bakal menjulang Piala Dunia 2010 ni. Manakan tidak, peringkat kumpulan pun belum selesai lagi. Tapi secara kasarnya, ada beberapa pasukan yang konsisten setelah mengharungi 2 perlawanan.
Argentina, Belanda, Brazil dan Chile merupakan 4 pasukan yang berjaya memungut mata penuh setakat ini.
Skuad Piala Dunia 2010: Argentina - Getty Images
Tonggak Brazil Luis Fabiano - Getty Images
Pemain Tonggak Skuad - AP Photo
Pemain Skuad Chile: Mark Gonzalez - Getty Images
Juara Euro 2008, Sepanyol dan Portugal turut berpeluang. Keduanya bangkit membenam lawan masing-masing selepas tewas dan seri pada perlawanan sebelumnya. Lebih-lebih lagi Portugal. Baru semalam membelasah Korea Utara dengan 7-0. Setakat edisi 2010 ni, itulah jaringan terbesar yang disajikan buat penonton.
Begitu juga dengan penyandang juara, Itali dan juga England. Mereka perlu membuktikan kepada penyokong bahawa mereka boleh layak ke pusingan kedua sebelum berkira-kira untuk muncul juara. Dengan hanya mampu seri setelah dua perlawanan, mereka perlu menang dalam perlawanan terakhir nanti.
Namun begitu, saya merasakan Argentina sebagai calon juara Piala Dunia 2010. Selain meminatinya, saya nampak skuad ini mampu membuktikan sesuatu. Walaupun ada sesetengah pihak mengkritik cara pengendalian Diego Maradona, saya percaya beliau lebih tahu apa yang dilakukannya.
Pemain Argentina Meraikan Jaringan Bersama - Getty Images
Bagaimana pula dengan anda? Pasukan mana yang menjadi pilihan hati?
p.s Sebenarnya entri ini dibuat khas untuk menyertai satu pertandingan anjuran DenaiHati.com. Ada hadiah lagi iaitu RM250 untuk 4 pemenang yang meneka dengan tepat juara Piala Dunia 2010 ni. :)
0 comments:
Post a Comment