Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

7 Pahala Yang Anda Terima Selepas Mati

20 February 2009 |

Sempena hari Jumaat ni, saya nak ajak kita semua agar sentiasa mengingati mati. Setiap insan yang hidup di muka bumi ini pasti akan menemui mati. Itulah janji Yang Maha Kuasa. Untuk itu, kita perlulah menyediakan bekalan yang secukupnya sebagai persediaan.

Antara perkara-perkara yang dijadikan bekalan ialah dengan memperbanyakkan amal kebaikan. Sementara masih bernafas inilah anda berpeluang berbuat kebajikan semaksimum mungkin. Bila nafas anda dah berhenti kelak, tiada apa yang dapat membantu anda melainkan doa anak yang soleh dan solehah, ilmu baik yang diamalkan serta sedekah jariah yang berterusan.

Namun, tahu tak bahawa ada 7 jenis pahala yang boleh kita terima selepas mati kelak. Apa dia agaknya tu? Saya ada kongsikannya di bawah;


1. Anda yang mengajar serta berkongsi ilmu yang bermanfaat dengan individu lain. Kemudian mereka yang belajar tu pula mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

2. Anda yang bercucuk tanam. Menanam apa saja jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan atau ada kegunaannya. Selama mana ada manusia dan haiwan lain yang memakan tanaman anda.

3. Anda yang turut serta dalam pembinaan sesebuah masjid. Selagi ada manusia yang beramal ibadat di dalamnya atau menggunakannya untuk aktiviti kebaikan.

4. Orang yang menulis mushaf. Selagi ada individu yang membacanya.

5. Sesiapa yang mengalirkan air sungai dan selama mana ada makhluk yang minum daripadanya.

6. Anda menggali sesebuah perigi dan selagi ada orang yang menggunakannya.

7. Seperti yang disebutkan pada awal tadi, jika anda ada meninggalkan anak yang soleh dan solehah. Segala doa mereka inilah yang dapat membantu anda kelak.


Sebanyak mana amal yang anda lakukan (seperti di atas) semasa di dunia dan selama mana ada pihak yang beroleh kebaikan daripadanya, maka selagi itulah anda akan diberikan ganjaran pahala. InsyaAllah.

Kesimpulannya, janganlah anda lokek dalam membuat kebajikan kerana sesungguhnya kebaikan itulah yang akan membantu anda di kemudian hari. Akhir kata, yang baik itu datang daripadaNya dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri. Kalau ada salah dan silap, saya mohon maaf. Amin.


Jumpa Lagi!

2 comments:

Unknown said...

bagus perkongsiannya.kadang-kala orang terlepas pandang perkara ini.

Unknown said...

@ abrar: terima kasih. saya sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga rakan2 sekalian. mudah2an kita tak tergelincir drpd tujuan asal kita diciptakan ke dunia ni. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...