Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Barang Runcit

29 January 2008 |

Jom Jimat

Assalamualaikum dan Salam Ceria...

Sebelum ini, saya telah menulis mengenai tip jimat letrik. Saya telah bahagikannya kepada 2 siri. Bagaimana dengan tips tersebut, adakah anda sudah mencubanya?

Emm..Mungkin ya dan mungkin tidak kot ;)

Apa pun jawapan anda, tidak mengapa. Ini kerana anda boleh membacanya bila-bila masa di blog ini:) Tapi kalau lagi cepat anda baca, maka lagi cepatlah anda boleh bermula untuk menjimatkan bil letrik anda! Tak gitu?

Orait lah. Tutup dulu cerita pasal jimat letrik. Mari kita beralih ke tip jimat yang lain pula. Kali ni saya bawakan anda pula langkah-langkah praktikal untuk menjimatkan barang runcit.

Maklumlah, sekarang ni harga barang memang akan sentiasa naik, tak pernah pun turun:( Ye tak? Mahu tak mahu kita mesti menghadapinya dengan cara yang bijak dan praktikal:)

Bagaimana tu ekk?

Hah! Itulah sebabnya saya terpanggil untuk menulis lagi di sini. Marilah kita bersama-sama menjadi pengguna yang bijak!

Tanpa berlengah lagi, ayuh kita mulakan! Jom-Jimat:0 dengan mempraktikkan langkah-langkah di bawah untuk menangani kenaikan barang runcit;

Tip Jimat 1:

Mula-mula anda belajar lah memasak. Kurangkan kekerapan makan di luar. (Bagi yang tak tahu memasak saja, jika dah pandai masak, bagus dan tahniah diucapkan!)

Tip Jimat 2:

Rancang dan senaraikan perbelanjaan barang runcit yang perlu dibeli. Jika anda biasa berbelanja seminggu sekali, rancang dan senaraikan perbelanjaan yang perlu untuk seminggu tu.
Psst...pastikan anda utamakan barang yang perlu saja.

Tip Jimat 3:

Masak mengikut keperluan. Sebagai contoh, ambilkira bilangan ahli keluarga yang akan makan bersama dan masak dengan kadar yang berpatutan. Jangan terlampau banyak dan jangan pula terlampau sedikit.

Tip Jimat 4:

Jangan terlebih masak sesuatu masakan. Sebagai contoh, jika anda memasak sup sayur atau sayur goreng, pastikan ia tidak terlampau masak kerana segala vitamin, zat dan mineral akan hilang. Jadi agak sia-sia lah anda makan jika khasiatnya dah hilang:[

Tip Jimat 5:

Simpan dan jangan dibuang lebihan bahan mentah yang masih boleh diguna pakai. Cari dan kumpul resipi yang berkaitan. Sebagai contoh, anda boleh gunakan minyak lebihan dari menggoreng ikan masin. Kemudian anda gunakan minyak tersebut untuk menggoreng nasi. Ummph..pasti sedap nasi goreng tu!
Psst...pastikan lebihan minyak tu anda simpan secara bertutup dan diletakkan di dalam bekas yang bersih:)

Tip Jimat 6:

Pastikan anda menikmati sajian pada kadar yang berpatutan. Jangan makan berlebihan. Selain tidak membazir, anda juga secara tak langsung telah mengawal berat badan dan menjaga kesihatan! Anda sedar tak selama ni;) Kalau tak sedar, mulai sekarang anda mesti sedar tau.

Tip Jimat 7:

Kurangkan makanan yang berlemak, kolestrol tinggi dan makanan pencuci mulut yang mahal.Ia sebenarnya tidak memberi sebarang faedah malah mendatangkan banyak masalah. Sekali-sekala teragak mungkin tidak mengapa, tapi yang penting anda mesti berusaha untuk menjauhi tabiat tersebut secara perlahan-lahan.

Tip Jimat 8:

Didik dan latih anak anda untuk makan mengikut keperluan. Ambil makanan dalam jumlah yang sedikit dulu, jika perlu barulah tambah. Jangan biarkan mereka ambil makanan dalam jumlah yang banyak, lepas tu bila tak habis...terbuang macam tu jer. Membazir tu:(

Tip Jimat 9:

Jika anda ada binatang peliharaan, beri ia makan lebihan makanan mentah yang anda dah tak pakai lagi atau sisa makanan anda yang masih elok. Pastikan anda berikan makanan yang masih elok, jika tidak boleh bawa mudarat pula pada binatang tersebut.
Psst...maklumlah makanan kucing sekarang ni pun makin mahal, jadi anda berilah apa yang boleh diberi..janji rock ia masih elok lagi.

Tip Jimat 10:

Elakkan makan makanan ringan yang tak berkhasiat dan tidak memberi sebarang munafaat pada tubuh badan anda. Cuba jauhinya sejauh yang mungkin!

Tip Jimat 11:

Kurangkan gula dalam minuman atau masakan tetapi tambahkan manis dalam senyuman:) Kurangkan juga penggunaan perasa tambahan dan bahan yang pewarna.

Huhh! Lengkapkan sudah 11 langkah praktikal untuk menjimatkan penggunaan barang runcit di rumah anda.

Namun, ia tidak berakhir di sini, ini hanyalah permulaan. Banyak lagi yang ingin saya kongsi bersama pada masa akan datang.

Pastikan anda terus bersama saya di sini untuk mendapatkan tip seterusnya:p

Ahaah! Sampai bertemu lagi.

Wassalam.

Jom Jimat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...