Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Petrol Siri 5

28 March 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria dan Hello Semua,

Pada kali ini, saya akan meneruskan kesinambungan tip jimat petrol. Mengikut perancangan saya, ini adalah siri terakhir tip jimat petrol...
Tapi saya suka-suka sengaja meletakkan "siri 5" atas satu sebab.

Apakah sebabnya yer?

Manalah tahu jikalau ada lagi idea yang boleh dikongsi, saya akan sambung sebagai siri 6 pula;p

Tanpa berlengah, jom kita teruskan tip seterusnya...

Tip Jimat 24:

Sebagai pemandu yang sejati, pastikan mata anda sentiasa peka pada persekitaran sekeliling.

Tujuannya supaya dapat bertindak sewajarnya. Maklumlah, atas jalan raya macam-macam boleh berlaku.
Kekadang, kita leka sesaat sahaja pun boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak kita jangkakan.

Nanti tak pasal-pasal kita terpaksa mengeluarkan belanja pada perkara yang tak termasuk dalam budget, ye tak?

Seperkara lagi, latih kaki anda agar banyak bersabar. Kalau boleh jangan asyik nak tekan minyak @ tambah kelajuan pada tempat atau situasi yang tak memerlukan kita memandu laju.

Apa-apa pun, pastikan anda memandu dalam keadaan berhati-hati dan tenang ya!

Tip Jimat 25:

Untuk lebih kilometer dan memanjangkan hayat tayar, selalulah memeriksa "alignmet" tayar kenderaan anda.

Tip Jimat 26:

Di samping itu, cuba elakkan mengisi petrol terlalu penuh.

Tujuannya - jikalau anda melalui kawasan berbukit-bukau, dikhuatiri petrol akan menitis atau tertumpah keluar.

Al-maklumlah, harga petrol bukannya murah...rugi tu!!

Tip Jimat 27:

Katakanlah sekarang anda sedang melalui kawasan berbukit-bukau. Dari jauh anda dah nampak bagaimana keadaan bukit yang bakal ditempuhi tu.

Sekarang ni, anda mestilah bersedia. Jika "line clear", tambahkan kelajuan anda sebelum menyusuri kawasan berbukit tu.
Kekalkan kelajuan anda sehingga sampai ke puncak.

Elakkan menambah kelajuan ketika sedang mendaki bukit. Ini kerana penggunaan petrol yang berlebihan akan berlaku di situ!

Sewaktu menuruni bukit, barulah anda boleh mengurangkan kelajuan dengan selamba.

Tip Jimat 28:

Seperti biasa, jangan lupa merekodkan penggunaan petrol anda. Mungkin boleh direkodkan secara bulanan atau pun mingguan. Terpulang pada keselesaan anda.

Dengan merekodkan penggunaan petrol mungkin anda akan mendapat sesuatu penemuan berharga.
Melalui analisis yang anda buat, mungkin akan muncul idea-idea baru secara tiba-tiba.
Siapa tahu? Cuma anda saja yang tahu...kan!

Yelah, biasanya kalau kita benar-benar mahu berjimat macam-macam idea boleh timbul secara tiba-tiba!

Baiklah para pembaca yang budiman, sehingga hari ini itulah perkara-perkara yang termampu saya kongsikan bersama anda berkenaan tip jimat petrol.

Saya harap ada di antara anda yang dapat manfaat dari semua tip yang telah dinyatakan di atas dan pada post-post yang terdahulu.

Akhir kata, pada post akan datang saya akan berkongsi tip jimat yang lain pula.

Ahaah! Jumpa lagi di lain waktu dan sampai bertemu kembali.

Wassalam.

Jom Jimat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...