Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Edisi Khas : Jimat Dan Senang Kira

01 April 2008 |

Salam Jimat dan Senang Kira,

Seperti yang anda telah lihat baik di kaca tv mahupun di media cetak, mulai hari ini 1 April 2008 kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan "Mekanisme Penggenapan". Ia diaplikasikan baik untuk pembayaran tunai dan juga bukan tunai (kad kredit, kad debit dan kad caj).

Apa dia "Mekanisme Penggenapan"?

"Mekanisme Penggenapan" ialah satu cara yang dengannya jumlah keseluruhan bil (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai) dinaikkan atau diturunkan kepada 5 sen yang terdekat.

(sumber dari www.kpdnhep.gov.my/index?pub=penngenapan_faq)

Secara ringkasnya, gambaran seperti di bawah;

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. Jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 = akan diturunkan kepada 5 sen terdekat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh:

i. Jumlah keseluruhan bil = RM27.01 dan RM27.02
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.00 sahaja.

ii. Jumlah keseluruhan bil = RM27.06 dan RM27.07
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.05 sahaja.

Untuk kes i dan ii ni, kita dapat "JIMAT".

Manakala,

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
B. Jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan 3, 4, 8 dan 9 = akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

iii. Jumlah keseluruhan bil = RM27.03 dan RM27.04
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.05.

iv. Jumlah keseluruhan bil = RM27.08 dan RM27.09
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.10.

untuk kes iii dan iv dinamakan "SENANG KIRA".

Sebagai info tambahan, tujuan kerajaan melaksanakan "Mekanisme Penggenapan" adalah:

a. Menjadikan pembayaran lebih mudah dan cepat.
b. Kerajaan dapat menjimatkan kos pengeluaran duit syiling 1 sen.

Namun, anda semua usah bimbang, duit syiling ini masih sah diperlakukan sebagai satu cara pembayaran bagi apa jua transaksi seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Bank Negara 1958 (Pindaan 1994).

Satu berita baik - Anda boleh menukarkan duit syiling 1 sen secara percuma di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) di Kuala Lumpur dan di cawangannya seperti di Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Sekiranya anda masih "blur" dan ada sebarang kemusykilan, dapatkan maklumat lanjut di;

www.kpdnhep.gov.my atau www.bnm.com.my

Sebagai alternatif, anda juga boleh membuat panggilan di talian;

KPDNHEP = 1-800-88-6800
BNM = 1-300-88-6800 atau e-melkan melalui 1sen@bnm.gov.my

Ahaah! Sekian sahaja perkongsian dengan anda buat kali ini.

Jumpa lagi!

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...