Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Jimat dan Senang Kira. Show all posts
Showing posts with label Jimat dan Senang Kira. Show all posts

6 Tip Merancang Perbelanjaan Perkahwinan

13 December 2008 |

Musim cuti sekolah nie selalunya dipenuhi dengan undangan kenduri kahwin. Boleh kata setiap hujung minggu, pasti ader pasangan yang melalui detik bahagia mereka sebagai raja sehari.

Untuk melangsungkan perkahwinan nie, agak besar juga perbelanjaannya. Kalau silap buat perancangan, boleh memeningkan kepala anda di kemudian hari.

Bagi mengelakkan terlebih berbelanja, saya ader sediakan 6 tip yang boleh anda ambil kira ketika merancang perbelanjaan perkahwinan.


Sebaik-baiknya, anda perlulah merancang lebih awal supaya tak kelam-kabut nanti.


1. Duit belanja yang mencukupi



Seperti yang telah dinyatakan tadi, biasanya belanja kahwin ni agak tinggi. Jadi, pastikan anda berbelanja mengikut kemampuan.

Anda mesti tentukan sendiri bajet maksimum. Kira dulu duit yang anda ada. Kira betul-betul tau. Kalau tersilap, takut anda yang susah nanti.

Kemudian, bahagikan kepada 2. Iaitu perbelanjaan yang diperlukan dan jumlah yang perlu anda simpan.



2. Semak bajet dengan teliti


Bagi memastikan perbelanjaan perkahwinan anda sentiasa dalam kawalan, semaklah selalu bajet anda supaya tak terkucil. : )

Pastikan semua keperluan utama telah dibeli terlebih dulu. Kalau ada duit lebih, barulah pertimbangkan untuk menambah lain-lain item dalam senarai.

Kalau tak, anda mungkin berisiko tinggi untuk terlebih belanja. Akibatnya, lepas kahwin nanti alamat lah hutang keliling pinggang. ; (


3. Berkongsi simpanan


Hah, idea ni memang bagus. Demi kebaikan anda bersama, boleh juga berkongsi simpanan untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Ataupun buka satu akaun bersama. Secara tak langsung, cara nie dapat mempercepatkan masa untuk anda disatukan. Mesti best, kan?

Ermmm... tapi ada syaratnya. Kedua-dua belah pihak mesti ada kepercayaan antara satu sama lain. Mestilah berdisiplin dalam usaha-usaha menyimpan. Jangan harapkan sebelah pihak saja.

Inikan majlis impian anda berdua, kan? Jadi, ada baiknya anda membuktikan kesungguhan terhadap pasangan pada saat ini mana degupan ah!


4. Ikut keutamaan


Jika bajet anda agak terhad, sila utamakan persiapan yang penting dahulu. Ini dapat membantu anda menjimatkan perbelanjaan.

Sebagai contoh, mana lebih penting antara mengupah khidmat jurugambar untuk majlis perkahwinan anda dengan dj untuk menghiburkan tetamu?

Kalau anda tanya saya, tentulah saya pilih upah jurugambar untuk mengabdikan kenangan terindah ketika menjadi raja sehari. Boleh tunjuk kat anak cucu nanti. :D


5. Survey sebut harga perkhidmatan


Contoh perkhidmatan yang mungkin anda perlukan adalah jurugambar, sewa baju pengatin, hiasan pelamin, katering, khemah dan kad jemputan.

Buat sedikit kajian tentang sebut harga perkhidmatan yang bakal anda gunakan. Cari 3-5 pihak untuk setiap jenis perkhidmatan dan bandingkan harga serta pakej yang ditawarkan.

Pilih pihak yang menepati bajet di samping mampu memberikan hasil yang memenuhi selera anda.

Kalau anda ada member yang menyediakan perkhidmatan tu lagi bagus. Boleh dapat diskaun. Jimat dan senang kira gitu. Kalau anda bernasib baik, mungkin boleh dapat sponsor lagi. :D


6. Kira kos sebenar


Setelah meneliti 5 aspek di atas, dapatkan kos sebenar untuk setiap barangan dan lain-lain kos sampingan yang terlibat.

Ini memudahkan anda buat perbandingan untuk jumlah perbelanjaan setiap barangan beserta dengan perkhidmatan tersebut.


Kepada anda yang merancang untuk berkahwin kelak, harap 6 tip merancang perbelanjaan perkahwinan di atas dapat memberikan sikit idea yang anda perlukan.

Kalau anda inginkan lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan cara mengendali dan mengurus perbelanjaan perkahwinan anda dengan bijak, satu panduan khusus iaitu




adalah jawapannya. Anda tentu dapat merealisasikan majlis perkahwinan eksklusif dengan lebih tersusun dan sempurna. :D


Selamat Pengantin Baru!


Sumber gambar: Flickr

Edisi Khas : Jimat Dan Senang Kira

01 April 2008 |

Salam Jimat dan Senang Kira,

Seperti yang anda telah lihat baik di kaca tv mahupun di media cetak, mulai hari ini 1 April 2008 kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan "Mekanisme Penggenapan". Ia diaplikasikan baik untuk pembayaran tunai dan juga bukan tunai (kad kredit, kad debit dan kad caj).

Apa dia "Mekanisme Penggenapan"?

"Mekanisme Penggenapan" ialah satu cara yang dengannya jumlah keseluruhan bil (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai) dinaikkan atau diturunkan kepada 5 sen yang terdekat.

(sumber dari www.kpdnhep.gov.my/index?pub=penngenapan_faq)

Secara ringkasnya, gambaran seperti di bawah;

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. Jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 = akan diturunkan kepada 5 sen terdekat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh:

i. Jumlah keseluruhan bil = RM27.01 dan RM27.02
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.00 sahaja.

ii. Jumlah keseluruhan bil = RM27.06 dan RM27.07
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.05 sahaja.

Untuk kes i dan ii ni, kita dapat "JIMAT".

Manakala,

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
B. Jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan 3, 4, 8 dan 9 = akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

iii. Jumlah keseluruhan bil = RM27.03 dan RM27.04
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.05.

iv. Jumlah keseluruhan bil = RM27.08 dan RM27.09
Jumlah yang perlu dibayar = RM27.10.

untuk kes iii dan iv dinamakan "SENANG KIRA".

Sebagai info tambahan, tujuan kerajaan melaksanakan "Mekanisme Penggenapan" adalah:

a. Menjadikan pembayaran lebih mudah dan cepat.
b. Kerajaan dapat menjimatkan kos pengeluaran duit syiling 1 sen.

Namun, anda semua usah bimbang, duit syiling ini masih sah diperlakukan sebagai satu cara pembayaran bagi apa jua transaksi seperti yang telah ditetapkan dalam Akta Bank Negara 1958 (Pindaan 1994).

Satu berita baik - Anda boleh menukarkan duit syiling 1 sen secara percuma di Ibu Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) di Kuala Lumpur dan di cawangannya seperti di Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Sekiranya anda masih "blur" dan ada sebarang kemusykilan, dapatkan maklumat lanjut di;

www.kpdnhep.gov.my atau www.bnm.com.my

Sebagai alternatif, anda juga boleh membuat panggilan di talian;

KPDNHEP = 1-800-88-6800
BNM = 1-300-88-6800 atau e-melkan melalui 1sen@bnm.gov.my

Ahaah! Sekian sahaja perkongsian dengan anda buat kali ini.

Jumpa lagi!

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...