Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Larian Obor Olimpik Berjalan Lancar di Kuala Lumpur

22 April 2008 |

Salam Ceria,

Hari ini, saya sekadar ingin menulis tentang Larian Obor Olimpik yang telah selamat dilangsungkan di Kuala Lumpur pada 21 April 2008. Menurut wartawan, tiada sebarang kekacauan dilaporkan. Cuma empat orang warga asing ditahan kerana menunjuk perasaan. Namun, mereka kemudiannya dibebaskan sejurus selepas pihak polis mengambil keterangan.

Sukan Olimpik 2008 ini akan berlangsung di Beijing. China merupakan negara Asia ketiga yang diberi penghormatan menganjurkan temasya empat tahun sekali ini selepas Jepun (1964) dan Korea Selatan (1988). Upacara perasmian akan diadakan pada 8 Ogos depan. Manakala upacara penutup pula akan menyusul pada 24 Ogos 2008.

Untuk makluman anda, negara kita telah menjadi destinasi antarabangsa ke-13 bagi upacara Larian Obor Olimpik ni. Jumlah destinasi yang dipilih adalah 19. Upacara ini bermula kira-kira jam 2.20 petang di Dataran Merdeka dan telah dijayakan bersama oleh 80 pelari.

Jarak keseluruhan Larian Obor Olimpik di Kuala Lumpur ialah 16 kilometer. Menara Berkembar Petronas KLCC menjadi destinasi terakhir untuk edisi di Kuala Lumpur ni.

Pelari pertama untuk larian obor di Kuala Lumpur ni ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.

Selain itu, larian ini turut dimemeriahkan oleh beberapa tokoh sukan negara seperti Razif, Jalani dan Rashid Sidek, Shalin Zulkifli dan Nicole Ann David. Ia juga turut diserikan oleh golongan atlit dan bekas atlit, selebriti tempatan, pihak penaja dan pegawai kerajaan.
Turut mengambil bahagian ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Paling istimewa ialah pelari terakhir dalam Larian Obor Olimpik ini ialah Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah.

Destinasi Larian Obor Olimpik yang seterusnya selepas ini ialah Jakarta, Indonesia.

Ahaah! Sekian dulu paparan dari saya mengenai larian obor menjelang Sukan Olimpik 2008 ni. Semoga melalui semangat kesukanan, ia dapat mengeratkan hubungan di antara negara yang bertanding.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...