Jom Jimat
Salam Ceria,
Selamat bertemu kembali di tip jimat membeli pakaian. Gembira tak terhingga rasanya dapat melihat anda di sini:)) Atas sebab itulah, saya akan menyambung lagi tentang tip membeli pakaian.
Pada kali ini, saya masih lagi ingin memperkatakan tentang tempat yang boleh anda pertimbangkan untuk membeli pakaian. Macam mana nak tahu tempatnya? Salah satu daripadanya ialah melalui membelek-belek iklan di akhbar.
Suratkhabar masih merupakan satu medium terbaik untuk melihat iklan jualan murah. Ooh, maksud saya jualan murah yang berkaitan dengan pakaianlah yer;p Walaupun tak selalu ada iklan mengenainya, tapi saya yakin ia mampu memberi sedikit nilai jimat pada anda. Terutamanya kepada yang benar-benar memerlukan.
Tentang iklan yang lain tu, saya kurang pasti la pulak. Harap maaf yer, iklan lain saya tak sempat nak kaji lagi. He..he...
Dari pengamatan saya, akhbar yang sering memaparkan jualan penghabisan stok berkaitan pakaian ialah Harian Metro dan The Star. Oops..ni bukan nak promote tau. Kebetulan saya memang selalu baca di sini dan perasaan kedua-dua akhbar ni ada mengiklankan jualan penghabisan stok. Kalau anda ada terperasaan di akhbar lain, anda boleh tambah....ok.
Kalau tak silap saya, ada dua iklan yang berkaitan jualan penghabisan stok ni. Pertamanya, anjuran GME. Biasanya diadakan di Terminal 3, Subang. Tapi kekadang ada juga dibuat di tempat berlainan. Keduanya, saya tak ingat pihak yang terbabit...tetapi ia biasa diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Jika dilihat secara kasar, jualan penghabisan stok ni menawarkan barangan berjenama pada harga yang agak rendah. Pernah dan selalu perasaan yang diskaun yang ditawarkan mencecah 90 peratus. Wow!
Tapi pada hakikatnya, anda perlu lebih berhati-hati. Tak semua tawaran itu sesuai dengan anda. Apa yang lebih penting, andalah perlu bijak memilih. Teliti dulu keadaan pakaian tersebut, adakah ia sempurna atau dah reject. Jangan dah sampai kat rumah baru terperasaan. Alamak! Sayang semuanya sudah terlambat:(( Kwang..kwang..kwang..
Baiklah, saya nak kongsi sedikit pengalaman mengenai jualan penghabisan stok yang pernah saya kunjungi.
Memang terdapat pelbagai barangan yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari biasa. Ada yang harganya kurang sikit jer dan ada juga yang jauh lebih murah:)) Ada barangan yang berkualiti dan ada yang biasa-biasa saja.
Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah apabila anda ingin mengunjungi ke tempat tersebut, pertimbangkan perkara-perkara di bawah:
1. Untuk mendapat pelbagai pilihan baik dari segi saiz, warna, corak dan sebagainya, datang awal. Maksudnya datang pada hari pertama atau hari kedua selepas pelancaran jualan penghabisan stok itu.
2. Senaraikan apa tujuan anda ke situ. Contohnya nak beli apa? Apa yang anda perlu dan jangan mengikut nafsu.
3. Pastikan saiz yang dipilih bersesuaian. Cuba dulu sama ada ia selesa atau tidak. Jangan terlalu ghairah dengan harga yang murah, warna dan corak yang menarik atau nampak stylo jika dipakai.
4. Pastikan bajet anda mencukupi. Jangan terlebih bajet. Buruk padahnya nanti:((
Setakat di sini dahulu pesanan saya pada kali ini. Mungkin tidak begitu banyak tip jimat yang dapat dikongsikan. Maklumlah,ini saja yang termampu dicurahkan. He..he..
Cuma saya harap anda dapat jugak lah sedikit sebanyak info tentang lokasi jualan murah atau jualan penghabisan stok untuk membeli pakaian ni.
Ahaah! Sampai jumpa lagi di lain waktu dan ketika.
Sekian, wassalam.
ps: Kepada pihak Harian Metro, The Star, GME, Terminal 3 Subang, Amcorp Mall PJ dan pihak lain yang tidak disebutkan, paparan di atas tiada sebarang niat atau maksud untuk memburuk-burukkan mana-mana belah pihak.
pps: Ia hanyalah sekadar pengalaman dan perkongsian pandangan dari penulis kepada umum. Semoga ia tidak memudaratkan dan mengancam mana-mana belah pihak. Malah saya berharap jika ada kekurangan, sama-samalah kita memperbaikinya.
ppps: Jika ada pihak yang terasa terancam, saya terlebih dulu memohon maaf. No hard feeling, ok.
0 comments:
Post a Comment