Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Jualan Murah. Show all posts
Showing posts with label Jualan Murah. Show all posts

Diskaun Sehingga 50% di Book Planet

14 May 2009 |

Bagi anda yang gemar membaca, pihak Book Planet sedang mengadakan jualan murah untuk beberapa judul buku terpilih. Sama ada untuk buku berbahasa Inggeris mahupun Malaysia. Jualan murah ni sebenarnya berlansung sejak 12 Mei lagi. Cuma saya tak berkesempatan update kat sini. Memandangkan masih ada beberapa jam sebelum ianya berakhir (tengah malam ni), saya coretkan serba sikit info mengenai Mega Internet Sale 2009 ni.


banner mega internet sale 2009



Kalau tak salah saya, website BookPlanet.com.my ni adik-beradik dengan MillionairesPlanet.com. Milik salah seorang mentor jutawan kita iaitu saudara Azizi Ali.


Antara judul buku baru yang telah berada di pasaran adalah;


#1 111 Cara Mudah Berjimat Cermat oleh Arman Arshad (diskaun 10%)


buku 111 cara mudah berjimat cermat


Sedikit info mengenai kandungan buku 111 cara mudah berjimat bermat;

Description:

Buku ini memberikan panduan kepada para pembaca tip-tip pantas dan mudah untuk berjimat cermat dari pelbagai sudut dan membantu anda mempunyai kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

About The Author:

Arman Salleh masih bekerja sebagai Software Engineer di Cyberjaya. Beliau telah terlibat selama 10 tahun dalam dunia perkomputeran software dan spesifik di dalam industri insurans dan perbankan.

Beliau mempunyai sebuah kedai serbanika di dalam UKM, sebuah kedai komputer di Bangi dan juga 2 buah Internet Café di UKM.

Contents:

Penghargaan
Pendahuluan
Asas dan Ilmu
Kenderaan Anda dan Kaedah Penjimatan
Utiliti (Elektrik, Air, Telefon, Internet)
Komputer dan Telefon Bimbit
Jimat Berbelanja dan Membeli-belah
Jimat Makanan Harian Anda
Jimat Dalam Bersukan dan Bersenam
Berjimat di rumah
Berjimat di pejabat
Lain-lain penjimatan
Akhir Kata



#2 Panduan Bijak Melabur oleh Razali Razman (diskaun 10%)

#3 Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya oleh Yusnizam Yusoff (diskaun 10%)

#4 Nak Tak Berhenti Merokok oleh Dr. Norman M. Norawi (diskaun 10%)

#5 Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet oleh Dr. Christopher Lim (diskaun 20%)



Manakala antara buku yang diberikan diskaun 50% pula;


#1 Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah oleh Azizi Ali

#2 Your Right to Be Rich oleh Mal Emery

#3 From Broke to Multi-Millionaire in just 7 years oleh Peter Spann

#4 What Rich People Know and Desperately Want to Keep a Secret oleh Brian Sher


Selain itu, ada beberapa tawaran yang disediakan untuk anda iaitu;


- Setiap pembelian RM150 dan ke atas, anda bakal menerima sebuah buku percuma (akan ditentukan oleh pihak Book Planet)

- Bagi yang membuat pesanan terbanyak, anda akan menerima baucer diskaun RM200 untuk menghadiri seminar anjuran Book Planet.

- Jika tidak berpuas hati dengan sebarang pembelian buku, anda diberikan jaminan selama 14 hari mengikut syarat yang ditetapkan.


Untuk melihat senarai buku lain yang diberikan diskaun, jom layari BookPlanet.com.my -klik 2x- :)



Sumber gambar: www.BookPlanet.com.my

Tip Jimat Membeli Pakaian Siri 2

23 April 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria,

Selamat bertemu kembali di tip jimat membeli pakaian. Gembira tak terhingga rasanya dapat melihat anda di sini:)) Atas sebab itulah, saya akan menyambung lagi tentang tip membeli pakaian.

Pada kali ini, saya masih lagi ingin memperkatakan tentang tempat yang boleh anda pertimbangkan untuk membeli pakaian. Macam mana nak tahu tempatnya? Salah satu daripadanya ialah melalui membelek-belek iklan di akhbar.

Suratkhabar masih merupakan satu medium terbaik untuk melihat iklan jualan murah. Ooh, maksud saya jualan murah yang berkaitan dengan pakaianlah yer;p Walaupun tak selalu ada iklan mengenainya, tapi saya yakin ia mampu memberi sedikit nilai jimat pada anda. Terutamanya kepada yang benar-benar memerlukan.

Tentang iklan yang lain tu, saya kurang pasti la pulak. Harap maaf yer, iklan lain saya tak sempat nak kaji lagi. He..he...

Dari pengamatan saya, akhbar yang sering memaparkan jualan penghabisan stok berkaitan pakaian ialah Harian Metro dan The Star. Oops..ni bukan nak promote tau. Kebetulan saya memang selalu baca di sini dan perasaan kedua-dua akhbar ni ada mengiklankan jualan penghabisan stok. Kalau anda ada terperasaan di akhbar lain, anda boleh tambah....ok.

Kalau tak silap saya, ada dua iklan yang berkaitan jualan penghabisan stok ni. Pertamanya, anjuran GME. Biasanya diadakan di Terminal 3, Subang. Tapi kekadang ada juga dibuat di tempat berlainan. Keduanya, saya tak ingat pihak yang terbabit...tetapi ia biasa diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya.

Jika dilihat secara kasar, jualan penghabisan stok ni menawarkan barangan berjenama pada harga yang agak rendah. Pernah dan selalu perasaan yang diskaun yang ditawarkan mencecah 90 peratus. Wow!

Tapi pada hakikatnya, anda perlu lebih berhati-hati. Tak semua tawaran itu sesuai dengan anda. Apa yang lebih penting, andalah perlu bijak memilih. Teliti dulu keadaan pakaian tersebut, adakah ia sempurna atau dah reject. Jangan dah sampai kat rumah baru terperasaan. Alamak! Sayang semuanya sudah terlambat:(( Kwang..kwang..kwang..

Baiklah, saya nak kongsi sedikit pengalaman mengenai jualan penghabisan stok yang pernah saya kunjungi.

Memang terdapat pelbagai barangan yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari biasa. Ada yang harganya kurang sikit jer dan ada juga yang jauh lebih murah:)) Ada barangan yang berkualiti dan ada yang biasa-biasa saja.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah apabila anda ingin mengunjungi ke tempat tersebut, pertimbangkan perkara-perkara di bawah:

1. Untuk mendapat pelbagai pilihan baik dari segi saiz, warna, corak dan sebagainya, datang awal. Maksudnya datang pada hari pertama atau hari kedua selepas pelancaran jualan penghabisan stok itu.

2. Senaraikan apa tujuan anda ke situ. Contohnya nak beli apa? Apa yang anda perlu dan jangan mengikut nafsu.

3. Pastikan saiz yang dipilih bersesuaian. Cuba dulu sama ada ia selesa atau tidak. Jangan terlalu ghairah dengan harga yang murah, warna dan corak yang menarik atau nampak stylo jika dipakai.

4. Pastikan bajet anda mencukupi. Jangan terlebih bajet. Buruk padahnya nanti:((


Setakat di sini dahulu pesanan saya pada kali ini. Mungkin tidak begitu banyak tip jimat yang dapat dikongsikan. Maklumlah,ini saja yang termampu dicurahkan. He..he..
Cuma saya harap anda dapat jugak lah sedikit sebanyak info tentang lokasi jualan murah atau jualan penghabisan stok untuk membeli pakaian ni.

Ahaah! Sampai jumpa lagi di lain waktu dan ketika.

Sekian, wassalam.

ps: Kepada pihak Harian Metro, The Star, GME, Terminal 3 Subang, Amcorp Mall PJ dan pihak lain yang tidak disebutkan, paparan di atas tiada sebarang niat atau maksud untuk memburuk-burukkan mana-mana belah pihak.

pps: Ia hanyalah sekadar pengalaman dan perkongsian pandangan dari penulis kepada umum. Semoga ia tidak memudaratkan dan mengancam mana-mana belah pihak. Malah saya berharap jika ada kekurangan, sama-samalah kita memperbaikinya.

ppps: Jika ada pihak yang terasa terancam, saya terlebih dulu memohon maaf. No hard feeling, ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...