Jom Jimat
Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,
Sempena hari Selasa ni, saya akan terus menyambung tip jimat membeli pakaian untuk siri ke-3. Tip kali ini agak mudah dan biasa-biasa jer. Jadi, kepada anda yang dah tahu anggaplah ia sebagai "refresh" jer, ok. :)
Tip pertama, saya mencadangkan anda yang ada kemahiran menjahit bolehlah menjadi "tailor" kepada diri sendiri dan keluarga. Contohnya menjahit pakaian sekolah anak-anak, baju kurung dan baju melayu.
Tentunya lebih jimat, betul tak? Lepas tu, jika ada lebihan kain perca bolehlah diguna untuk kegunaan lain seperti sarung bantal dan sebagainya.
Selain itu, mungkin ada di antara golongan wanita yang lebih selesa menyembat baju kurung sendiri. Lebih selesa dan sedap dipakai katanya:)
Kemudian, tip ini juga ditujukan pada golongan wanita. Elakkan memilih fabrik dari jenis "dry cleaning". Ini kerana anda perlu hantar ke dobi setiap kali nak mencucinya. Biasanya fabrik "dry cleaning" ni "design" atau coraknya agak cantik. Cuma setahu saya, fabrik jenis ini memang tak boleh dibasuh tangan. Tu yang leceh skit. Jadi, jika anda betul-betul nak jimat kos, lupakan saja hasrat untuk membelinya.
Seterusnya, saya nak sentuh bab kasut pula. Untuk jangka hayat kasut yang lebih lama, saya cadangkan anda memiliki sekurang-kurangnya dua jenis kasut untuk sesuatu tujuan.
Contohnya kasut untuk ke tempat kerja. Katakan anda memakai kasut A pada hari Selasa dan kalau boleh pakailah kasut B pada hari Rabu.
Tujuannya: Pemakaian secara selang seli iaitu sekurang-kurangnya 24 jam akan memberikan lebih kelegaan pada kasut tersebut. Sekiranya anda tidak memberi kelegaan kepada sesuatu kasut itu, maka kebarangkalian untuk ia tahan lama agak tipis.
Di samping itu, penampilan luaran sepasang kasut itu juga perlu diambil kira. Untuk sentiasa kelihatan baru, lebih bermaya dan bersinar, rajin-rajinkanlah tangan anda untuk selalu mengilatkannya:)
Kalau boleh tetapkan jadual untuk menggilap kasut tersebut. Jangan biarkan keadaan kasut tu sampai melarat. Contohnya seminggu sekali ke atau ikut cara pemakaian setiap individu itu sendiri.
Ahaah! Itu saja buat kali ini dan jumpa lagi;)
Sekian, terima kasih.
Jom Jimat
0 comments:
Post a Comment