Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Membeli Pakaian Siri 4

04 May 2008 |

Jom Jimat

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar semua? Harap semuanya baik-baik saja:) Minggu ini saya agak lewat sikit menulis di sini. Jadi, kepada anda yang datang ke sini tetapi tiada sebarang tip jimat terbaru, saya mohon ribuan ampun dan maaf. Sebagai denda, saya akan kongsikan lebih sedikit tip berkaitan jimat dalam berpakaian dengan anda. Ok tak?:-D

Pertama sekali, bagi anda yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai, pakaian anda boleh diwariskan atau diperturunkan dari ayah atau ibu kepada anak-anak. Ataupun abang dan kakak kepada adik-beradik yang lain.

Namun, apa yang lebih penting ialah pastikan keadaan sesuatu pakaian tersebut masih elok. Jika tidak sudah tentu anak-anak atau adik-beradik anda enggan atau berat untuk menerimanya. Nanti ada yang mempersoalkan tentang "double standard" pula, ye tak?

Sebab itulah saya ada menyentuh tentang pentingnya menjaga pakaian (fabrik) pada tulisan sebelum ni. Sebenarnya, banyak faedah jika kita menitikberatkan penjagaan pakaian ni.


Antaranya:

1. Pakaian tahan lebih lama dan boleh dipindah milik.
2. Jika tiada waris atas alasan saiz, boleh dijual semula.
3. Warna dan struktur fabrik lebih terpelihara.
4. Rasa lebih selesa dan yakin untuk dipakai.
5. Lebih penting sekali tentunya dapat jimat duit.

Seterusnya, jika pakaian terkoyak atau tertetas jahitannya, anda boleh perbaikinya sendiri. Itu cadangan terbaik bagi yang pandai menjahit. Bagi yang tidak tahu pula, mungkin selepas ini boleh mula belajar menjahit. Pelajari asas menjahit pun dah mencukupi.

Lain pula ceritanya jika pakaian anda rosak teruk...tetapi masih boleh diperbaiki. Terpaksalah juga hantar ke tukang jahit. Tak dapatlah saya nak tolong:-(

Begitu juga dengan kasut. Jika ia masih muat atau boleh dipakai tetapi tapak (tumit) dah tertanggal (patah) anda boleh perbaikinya atau hantarkan ke tukang kasut. Bila dah elok bolehlah dipakai atau dijual jika dah sempit.

Satu lagi perkara penting ialah cuba, try atau test dahulu sesuatu pakaian atau kasut sebelum membuat keputusan untuk membeli. Rupa luaran yang cantik dan "stylo" saja tidak mencukupi. Pastikan anda memakai atau menyarungnya terlebih dahulu. Pastikan pakaian itu terletak elok di tubuh anda. Untuk kasut pula, pastikan ia muat dan tapak kaki anda tak rasa kematu bila memakainya.

Adakah ia selesa dengan diri anda? Adakah ia padan? Adakah ia menyerlahkan penampilan anda? Adakah ia sesuai dengan imej anda? Adakah keputusan anda muktamad? Adakah deal or no deal? Berapa banyak adakah da...

Namun harus diingat, perkara ini mesti diambil kira dan dipertimbangkan sewajarnya. Tujuannya supaya ia adalah pembelian yang berbaloi. Bukan hanya pakai sekali, lepas tu terus dah tak nak pakai.

Alasan standard yang biasa didengar;

Hari tu masa kat kedai rasa macam okay jer, tapi bila cuba pakai kat rumah ni, rasa macam tak best la pulak...

ataupun pelbagai lagi alasan yang seangkatan dengannya.


Kalau boleh, elakkan sindrom di atas ni dari berlaku atau berulang yer;)

Baiklah, sampai di sini dulu buat kali ini. Nanti saya akan sambung lagi:)

Ahaah! Salam Jimat dan jumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Jom Jimat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...