Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Membeli Pakaian Siri 6

30 May 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Mengikut perancangan asal, hari ini merupakan siri terakhir untuk tip jimat membeli pakaian. Namun, sekiranya ada lagi tip jimat yang berkaitan, saya akan kumpulkannya dan tulis di sini pada masa-masa akan datang. Jadi, teruskan bersama jom jimat bagi mengenalpasti langkah-langkah yang boleh dibuat dalam usaha untuk jimat cermat, ok ;p

Dalam siri terakhir ini, saya lebih banyak berkisarkan konsep "kitar semula" terhadap pakaian anda.

Contoh terbaik ialah mana-mana pakaian seperti t-shirt dan kain batik yang telah lusuh, koyak rabak atau tak boleh digunakan lagi digunakan sebagai kain buruk untuk kegunaan seharian di rumah anda.


Sebaik-baiknya anda cuci dulu supaya keadaannya lebih bersih. Kemudian, gunting mengikut saiz tertentu dan bahagikannya mengikut kegunaan seperti kain untuk lap cermin, lap pinggan mangkuk, basuh kenderaan anda dan sebagainya.

Ataupun boleh mendermakannya kepada mangsa bencana alam yang amat memerlukannya. Walaupun pada anda ianya tidaklah seberapa, tapi percayalah mereka yang ditimpa musibah itu amat memerlukannya.


Satu lagi alternatif yang boleh dilakukan ialah jadikan kain batik, kain baju kurung atau kain baju fesyen yang terpakai sebagai sarung bantal. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang ada kemahiran atau memang berminat dalam bab menjahit. :-)


Amacam, sekurang-kurangnya lepas ni anda dah ada idea nak buat apa dengan pakaian yang dah tak boleh dipakai lagi, tak Gitu-gitu .... gitu? Baiklah, kita tinggalkan bab "kitar semula" dan jom beralih ke tip ringkas yang lain.


1. Elakkan membuang masa berada di bahagian pakaian atau butik pakaian kerana dikhuatiri anda akan membeli pakaian yang tak perlu.

2. Pastikan anda tahu di mana tempat yang boleh memberikan nilai terbaik untuk mendapatkan sesuatu jenis pakaian.

3. Berhati-hati dengan harga yang ditawarkan. Harga yang mahal tidak menjamin bahawa fabrik itu berkualiti tinggi. Kekadang pakaian yang murah pun berkualiti jugak :p

Jadi, pastikan anda menyentuh, membelek dan mencuba fabrik pakaian tersebut sebelum membeli. Kalau kurang arif berkenaan kualiti fabrik, anda boleh mengajak teman yang ada pengetahuan berkaitan fabrik untuk menemani anda semasa membeli pakaian.

4. Sekiranya anda tak menjumpai pakaian yang dicari, usah buang masa. Beredar terus dari situ. Cabut segera sebelum direkomen dengan pakaian lain yang ntah apa-apa oleh si jurujual. Hehehe..

5. Anda juga dinasihatkan supaya tidak menjadi mangsa fesyen. Sebabnya, setiap fesyen yang direka bukannya sesuai untuk semua. Lazimnya ia dikhususkan untuk golongan tertentu seperti orang yang bertubuh sederhana, bertubuh gempal ataupun yang langsing.


Jadi, walaupun anda seorang yang mengikuti perkembangan fesyen semasa, pastikan anda berfesyen mengikut kesusuaian pada diri sendiri serta tidak melampaui batas. Amacam, jelas tak?

Akhir sekali, mungkin ada di antara anda yang mempunyai tambahan tip jimat membeli pakaian. Jika ada, silalah kongsikan bersama di ruangan komen. Komen yang baik pastinya dapat memberi manfaat kepada pembaca-pembaca yang lain.

Ahaah! Sampai bertemu lagi di lain waktu ya.



Sekian, terima kasih.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...