Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Membeli Pakaian Siri 5

29 May 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Setelah agak lama tidak menulis tentang jimat cermat di "jom jimat", hari ni saya kembali untuk menyambung semula tip jimat membeli pakaian. Baiklah, semoga beberapa tip jimat di bawah ini dapat memberi sedikit idea kepada anda terutamanya ketika nak membeli pakaian nanti. :p

Pertama sekali, saya menggalakkan anda membeli jenis pakaian yang boleh digayakan untuk menghadiri pelbagai jenis majlis.
Melalui kaedah ini, anda seharusnya mampu memaksimumkan fungsi sesuatu pakaian yang telah dibeli.

Contoh:
Anda bercadang untuk membeli sehelai kemeja bercorak jalur (stripe). Anda boleh menggunakannya untuk menghadiri majlis tidak rasmi, majlis kenduri kahwin dan juga ketika bersantai.

Selain dari memilih pakaian pelbagai fungsi, anda juga perlu mengimbas kembali jenis warna pakaian yang telah anda milikki.

Tak ingat? Anda boleh tengok dalam almari pakaian atau "wardrobe" sekarang. Kalau rajin, boleh catatkan koleksi warna yang telah anda milikki.

Kemudian, bila nak membeli pakaian kelak, sekurang-kurangnya anda dah ada idea nak beli fabrik warna apa. Ye tak?

Contoh:
Katakan anda mempunyai banyak koleksi seluar bewarna gelap. Jadi bila anda bercadang nak membeli baju baru, pilihlah baju yang sesuai untuk digayakan bersama dengan seluar bewarna gelap tersebut. Begitulah juga sebaliknya.

Oh, yea;p Jika anda mahu bereksperimentasi mengenai warna, anda boleh layari laman web http://colorblender.com/
Mungkin anda akan dapat sebarang idea padanan warna di sana:)

Di samping itu, anda juga boleh memikirkan untuk membeli pakaian yang mempunyai dwi-fungsi.

Kebanyakan pakaian yang mempunyai kegunaan dua dalam satu ialah jaket.
Satu bahagian berfungsi sebagai jaket biasa dan bahagian dalam apabila diterbalikkan boleh dijadikan sebagai baju hujan.

Jaket dwi-fungsi ini kebiasaannya mempunyai fabrik yang agak tebal sedikit. Jadi, pastikan anda selesa dengannya, kemudian barulah membuat keputusan untuk membeli. Tak lupa juga pastikan bahagian yang dijadikan sebagai baju hujan itu benar-benar kalis air. ;)

Baiklah, saya harap beberapa tip di atas dapat memberi sikit input kepada semua. Ia hanyalah cadangan sahaja kepada mereka yang benar-benar berminat untuk berjimat dalam berpakaian. Apa-apapun semuanya terserah kepada anda:p

Ahaah! Sampai bertemu lagi dengan tip jimat yang lain. Jumpa lagi.



Sekian, terima kasih.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...