Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

TNB Umum Tarif Baru, Legakan Pengguna Domestik

05 June 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Mengenai tajuk hari ini, saya ingin berkongsi petikan yang diperoleh dari laman web http://mstar.com.my. Harap anda dapat sedikit info berkaitan tarif baru letrik yang baru diumumkan oleh pihak TNB. Ia bakal berkuatkuasa mulai 1 Julai 2008.


Oleh Zanariah Abd Mutalib


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan tarif baru elektrik tengah hari tadi dengan mengekalkan tarif semasa bagi pengguna kediaman dan domestik yang menggunakan tenaga sehingga 200 kilowatt jam (kWj) sebulan.

Sementara mereka yang menggunakan antara 201 hingga 400kWj akan mengalami peningkatan 1 hingga 11 peratus dalam bil bulanan - berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ia sejajar dengan pengumuman kerajaan semalam, yang antara lain berkaitan dengan kenaikan bahan api petrol dan diesel.

Pada sidang media semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, satu struktur baru tarif elektrik (jadual tarif yang dikeluarkan semalam menyusul) untuk Semenanjung Malaysia akan diperkenalkan mulai 1 Julai ini.


TARIF BARU ELEKTRIK SEMENANJUNG (MULAI 1 JULAI 2008)


Tarif Kediaman:

Jumlah penggunaan di antara 0 hingga 400kWj

* 200kWj pertama (1-200kWj) sebulan - 21.8sen/kWj
* 200kWj berikutnya (201-400kWj) sebulan - 34.5sen/kWj
Caj minimum bulanan ialah RM3

Jumlah penggunaan melebihi 400kWj

* 500kWj pertama (1-500kWj) sebulan - 30.0sen/kWj
* 100kWj berikutnya (501-600kWj) sebulan - 39.0sen/kWj
* 100kWj berikuntnya (601-700kWj) sebulan - 40.0sen/kWj
* 100kWj berikutnya (701-800kWj) sebulan - 41.0sen/kWj
* 100kWj berikutnya (801-900kWj) sebulan - 43.0sen/kWj
* Setiap kWj berikutnya (901kWj ke atas) sebulan - 46.0sen/kWj
Caj minimum bulanan ialah RM3

Tarif Perdagangan Voltan Rendah:

Jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200kWj

* Bagi semua kWj 38.0sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM7.20

Jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200kWj

* Bagi semua kWj (dari 1kWj ke atas) - 40.8sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM7.20

Tarif Perdagangan Am Voltan Sederhana:

* Bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan - RM24.60/kW
* Bagi semua kWj 29.6sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM600.00

Tarif Perindustrian Voltan Rendah:

* Bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kWj sebulan
* Bagi semua kWj 34.2sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM7.20

* Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kWj sebulan
* Bagi semua kWj (daru 1kWj ke atas) - 36.6sen/kWj

Caj minimum bulanan ialah RM7.20

Jelas Abdullah, pelaksanaan tarif baru itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang dari 200 kilowatt jam (kWj) sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang dari RM43.60.

"Ini bermakna 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama," kata beliau.

Pengguna domestik dan industri akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus melalui struktur baru tarif itu.

Pada sidang akhbar tengah hari tadi, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh pula berkata: "TNB akan mengekalkan kadar tarif lifeline untuk pengguna kediaman atau domestik yang penggunaan bulanannya sehingga 200kWj."

"Justeru, tiada perubahan kepada kadar tarif elektrik mereka," kata beliau.

Pengguna kumpulan itu mewakili seramai 59.1 peratus daripada keseluruhan pengguna kediaman atau domestik. Pengguna kediaman atau domestik dengan penggunaan bulanan sebanyak 201 hingga 400kWj, yang mewakili seramai 26.7% daripada pengguna kediaman atau domestik secara keseluruhannya dijangka mengalami peningkatan dalam bil bulanan sebanyak 1 hingga 11 peratus.

"Struktur tarif baru bagi pengguna domestik telah dirangka bagi menggalakkan penggunaan elektrik dengan lebih efisien," katanya.

Pengguna komersial dan industri dijangka mengalami peningkatan purata sebanyak 26 peratus manakala untuk pengguna komersial voltan rendah dan pengguna industri voltan rendah yang penggunaan bulanannya sehingga 200kWj setiap bulan akan mengalami peningkatan purata yang lebih rendah iaitu sebanyak 18 peratus.

Peningkatan yang rendah ini akan dinikmati oleh peniaga kecil, peruncit, pekedai dan warung makan.

Dalam pada itu, TNB masih menjangka keuntungan lebih kecil walaupun dilaksanakan struktur tarif elektrik yang baru yang berkuat kuasa bulan depan.

Struktur tarif baru itu akan hanya membolehkan TNB mendapatkan sebahagian kos kenaikan dari harga arang batu dan gas yang lebih tinggi, kata Che Khalib.

Bagaimanapun, ia masih terlalu awal untuk melihat kesan struktur baru itu ke atas prestasi TNB.

Harga gas telah meningkat 123 peratus daripada RM6.40 setiap Juta Unit Termal British (mmBTU) kepada RM14.31 setiap mmBTU manakala harga arang batu naik lebih 170 peratus sejak 2006, kata TNB.

Gas dan arang baru kini masing-masing merupakan 68 peratus dan 26 peratus daripada keseluruhan campuran penjanaan kuasa di Semenanjung Malaysia.

Peningkatan harga gas daripada RM6.40 kepada RM14.31 akan menambah kos TNB sebanyak kirakira RM4.2 bilion setahun dan kenaikan barubaru ini harga arang batu yang kini sekitar AS$130 setonne metrik, akan meningkatkan lagi kos bahan api sebanyak RM1.4 bilion tahun ini.

Mengenai pengeluar kuasa bebas (IPP), Che Khalib berkata, TNB akan menemui mereka pada bulan ini untuk mencari jalan mengurangkan bebanan pengguna.

Berasaskan reaksi awal, IPP telah bersetuju untuk mengkaji penyelesaian terbaik menangani isu itu, katanya.

Mengenai kemungkinan dilakukan satu lagi kenaikan tarif tidak lama lagi, Che Khalib berkata: "Saya rasa apa yang dikatakan pelarasan atau pergerakan menaik tarif secara asasnya menunjukkan apabila berlaku pindaan harga gas, sama ada menaik atau menurun, akan berlaku pelarasan tarif."

Katanya, TNB bersedia untuk menurunkan tarif jika ada pindaan menurun harga gas.

Kali terakhir TNB menurunkan tarif ialah sebelum 1997, katanya.

Sebagai sebahagian daripada langkahnya untuk mencari jalan mengurangkan bebanan orang ramai, Che Khalib berkata TNB akan menemui pengeluar kuasa bebas (IPP) pada bulan ini.

Berdasarkan reaksi awal, katanya, IPP bersetuju untuk mengkaji penyelesaian terbaik menangani isu itu.

"Kami perlu menemui IPP dan menyatakan TNB tidak boleh menanggung bebanan itu sendirian. Orang ramai perlu turut menanggung bebanan kenaikan itu.

"TNB turut menanggung sebahagian bebanan itu kerana kenaikan kos yang lain telah diserap oleh kami. Kini anda (IPP) juga perlu memainkan peranan," katanya.

Di bawah perjanjian pembelian kuasa antara TNB dan IPP, kos bahan api diserahkan sepenuhnya kepada TNB.

Dengan adanya struktur tarif baru itu, Che Khalib berharap ia akan menggalakkan para pengguna menggunakan tenaga dengan lebih efisien.

BERNAMA

p.s: Sekiranya anda berhajat untuk jimat bil elektrik dalam lingkungan 10% - 40% sebulan, sila klik panduan menjimatkan bil elektrik di rumah ataupun banner di bawah ini;



Harapan saya semoga alat penjimatan tersebut dapat membantu anda untuk jimat elektrik secara sah dan selamat.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...