Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,
Rasanya anda tak berapa nak ceria kot dek kekalahan mudah Lee Chong Wei kepada Lin Dan malam tadi. Lee Chong Wei jelas tidak beraksi pada tahap sebenar kemampuannya apabila tunduk "straight set" iaitu 12-21 dan 8-21 dalam masa 41 minit.
Sebelum ini, pertembungan Lee Chong Wei vs Lin Dan dijangkakan amat sengit dan mendebarkan. Saya pasti para penonton lebih terhibur tengok skil mereka yang "superb" tu. Namun, impian tu tak kesampaian kerana Lin Dan jelas menguasai hampir keseluruhan perlawanan. Manakala Lee Chong Wei pula banyak melakukan kesilapan mudah atau "unforced error".
Aksi Lin Dan ketika menentang Lee Chong Wei (Xinhua Photo)
Lin Dan memang tampak garang dan bertenaga. Ternyata beliau menampakkan kesungguhan untuk menakluki Sukan Olimpik 2008 ni. Maklumlah, kejohanan utama yang lain sudah beliau takluki. Hanya tinggal pingat emas Sukan Olimpik saja yang belum dimenangi.
Justeru itu, malam tadi beliau telah berjaya melengkapkan koleksi kejuaraan utama idaman setiap pemain badminton dunia.
Setelah memenangi perlawanan tersebut, Lin Dan turut membalingkan raket dan sepasang kasutnya kepada penonton yang bertuah sebagai tanda puas dan gembira.
Apa-apapun, tahniah saya ucapkan kepada Lin Dan
Saya rasa punca kekalahan Lee Chong Wei adalah kerana gagal menyerap tekanan. Bebanan yang dipikulnya memang berat.
Sebabnya, dia merupakan harapan rakyat Malaysia untuk meraih emas pertama dalam sejarah Sukan Olimpik. Semua orang mengharapkan "sentuhan emas" daripada beliau.
Lepas tu, rekod pertemuan terakhir Lee Chong Wei vs Lin Dan ni berpihak kepada jaguh negara. Kalau tak silap Lee Chong Wei menang ketika pertemuan di perlawanan akhir Piala Thomas 2008.
Lagi satu, kalau dapat emas beliau akan menjadi
Mungkin itulah antara sebab-sebab utama mengapa beliau agak tertekan.
Namun, yang berlalu biarlah berlalu. Lebih baik kita terus pandang ke depan. Lepas ni, ada baiknya Lee Chong Wei menambahbaik lagi kekuatan mental dan fizikalnya.
Walaubagaimanapun, saya tetap mengucapkan tahniah buat Lee Chong Wei kerana layak ke perlawanan akhir. Bukan senang nak layak ke perlawanan akhir pada kejohanan besar seperti Sukan Olimpik ni. Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap bangga dengan pencapaian dan akan terus menyokong anda!
Sebagai penutup, sekali lagi saya sertakan keputusan penuh perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2008;
Lee Chong Wei vs Lin Dan
12-21 dan 8-21
Masa perlawanan- 41 minit
Emas Sah Milik Lin Dan (Photo by Ezra Shaw/Getty Images)
Sekian saja perkembangan badminton di Sukan Olimpik 2008 dari saya. Terima kasih kerana membaca sampai ke akhir.
Jumpa lagi!
2 comments:
sy suka bc review sdr...
for me, tak perlu la salahkn Chong Wei.. Mmg Lin Dan power sgt...Chong Wei mmg nmpk agak tertekan..tp die berusaha jgk wpn nmpk tersekat2...
Tapi kite tau die mampu pergi lebih jauh..Harap kekalahan ini tidak mematikan semangat nye malah membakar lagi semangat juangnya utk Menjadi badmintonis terulung DUNIA....insya Allah...;)
thanks Shahrun. :)
Chong Wei memang tak wajar
dipersalahkan bulat2.
Memang semalam bukan hari
Chong Wei. Beliau tak dpt
momentum sebenar.
Walau apapun keputusannya,
kejayaan Chong Wei layak
ke akhir memang patut kita
"salute".
Post a Comment