Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia 6 Usahawan Internet Malaysia Kini Terbongkar

16 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Saya baru jer habis baca satu laporan percuma "Rahsia Usahawan Internet". Ya, laporan ni memang percuma. Ia dihasilkan oleh Ammar Zahar selepas menemubual 3 6 Usahawan Internet Malaysia yang sememangnya telah terbukti berjaya dalam bidang masing-masing.

Konsep laporan percuma ni macam transkripsi temubual. Ada soalan dan juga jawapan. Melalui jawapan-jawapan inilah ada beberapa rahsia yang terbongkar. Kalau nak tahu, mestilah download! dulu. Baru ada feel.

6 Usahawan Internet Malaysia yang saya maksudkan tu ialah Abooain, Amirol Zulkifli, Shuth, Yusry JomSeminar, Eruwan Gerry dan SmartZul. Daripada 6 usahawan internet ni, saya hanya pernah berjumpa dengan 3 daripadanya secara live.

Saya pernah bertemu dengan Abooain, Shuth dah Yusry semasa menghadiri JomSeminar pada bulan Mei yang lepas. Mereka ni macam mentor saya la. Banyak juga ilmu yang telah saya pelajari daripada mereka bertiga ni. Baik secara langsung ataupun tak langsung.

Abooain terkenal dengan produk MRRnya, manakala Shuth hebat dengan Rahsia Blogger (blog & buku) dan Yusry pula pakar CPA. Semuanya memang ada umpph!

Berbalik semula dengan laporan percuma Rahsia Usahawan Internet Malaysia. E-covernya memang simple tapi menarik gak seperti kat bawah ni;



Laporan ini setebal 100 mukasurat. Walaupun tebal tapi taklah lama sangat nak habiskan membacanya. Sebab santai jer laporan ni. Penyampaiannya agak mudah difahami dan tak perlu nak pening kepala memahamkannya.

Cuma, catit sikit apa rahsia yang berjaya diselongkar oleh Ammar Zahar daripada 6 usahawan internet Malaysia yang bertuah tu.

Okaylah, kerana taknak menghampakan anda semua, saya kongsikan sikit jer rahsia yang dikongsikan sebahagian daripada mereka berenam ni. :)


Cari masalah... cari penyelesaian... dan "match"kan. InsyaAllah anda akan buat duit daripadanya.
- Shuth

Anda perlu pilih salah satu dahulu yang sesuai dengan anda, seterusnya fokus sampai berhasil (kalau boleh). Fokus amat penting. Tindakan juga kritikal.
-Yusry

Mengamalkan konsep "Multiple Streams of Income" atau "Pendapatan Pelbagai Aliran"
-Gerry Eruwan


Rasanya cukup sekadar ini sahaja yang patut saya kongsikan. Anda boleh terus menggali rahsia berharga yang lain dengan memuatturun laporan Rahsia Usahawan Internet di sini. Kalau anda dapat tangkap, banyak gak rahsia lain yang boleh dapat dalam ni. :)

Selamat Membongkar Rahsia Usahawan Internet!

p.s: Minggu ni saya tak dapat nak sambung ulasan Mentor Jutawan. Jadi terpaksalah saya tangguhkan dulu yang edisi Chef Li. Harap Maklum.

2 comments:

anc1ent said...

Whoa nice blog.

Btw bole tanya cari template nya dimana nih?

Unknown said...

Makasih ya anc1ent. :)

Template ni anc1ent boleh download di
http://www.eblogtemplates.com/wp-premium-blogger/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...