Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

MajalahIM #6 - Edisi Merdeka

22 August 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Saya cuma nak menulis ringkas tentang MajalahIM #6 keluaran Ogos 2008. Sebenarnya ia dah dirasmikan pada 14 Ogos lalu tapi saya baru saja sempat membacanya.

Sebab itulah baru hari ini saya dapat kongsikannya dengan anda. :D

Sempena edisi Merdeka ni, cover depan MajalahIM menampilkan saudara Iszuddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kidino. Bercakap tentang Kidino ni, saya sempat menyertai Netpreneurs Online Classroom anjuran pada 22-25 Julai lepas.

Banyak juga input yang diperolehi di situ. Terima kasih diucapkan kepada Kidino dan IM lain yang terlibat. :)

Baiklah, jom kita sambung balik mengenai MajalahIM edisi Ogos ni. Seperti biasa, setiap usahawan internet yang menghiasi cover depan telah ditemuramah oleh krew MajalahIM. Kali tugas ini telas dilaksanakan oleh Nasrun.

Selain temuramah dengan Kidino, antara kandungan menarik di dalamnya adalah;

1. Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma oleh Zamri Nanyan.

2. 7 Prinsip Keusahawanan oleh SmartZul

3. Kenapa Masih Ada Yang Gagal Buat Duit Dengan Konsisten di Internet oleh Team SaifulSham

4. Viral List Building Series: Let's Get Started oleh Kidino

5. Tutorial Membuat Mini Site (Web Jualan) oleh Mdpai

6. Gagal Kuasai Ilmu Baru - Jadi Usahawan Yang Gagal oleh Osman Affan

dan beberapa topik lain yang boleh anda pelajari.

Akhir kata, kepada yang belum download, boleh dapatkannya di SINI

Ahaah! Sekian saja buat kali ni dan jumpa lagi!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...