Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Jom Cari Duit Raya

11 October 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya nak mohon maaf zahir & batin daripada anda semua sempena bulan Syawal nie. Tak lupa juga, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Jom Jimat.

Lebih kurang 2 minggu saya tak update blog ni. Sebenarnya, ada beberapa perkara dan kesulitan yang berlaku sejak akhir Ramadhan lalu sehinggalah 1/3 Syawal ni. Kalau tiada aral, saya akan teruskan aktiviti blog ini seperti biasa, ok. :)

Baiklah, pada awal Oktober yang lalu, Billionaire Internet iaitu Russell Brunson telah mempelawa subscribers beliau (termasuk saya la tue) menyertai satu pertandingan. Pertandingan ini diberi nama "Zero to $100 Million Dollar Challenge".

Ianya berlansung dari 02/10/2008 sehinggalah 03/02/2009.

Hadiah yang menanti para peserta pula ialah sebijik 2009 GM Corvette. :)

Kepada anda yang berhasrat menyertai pertandingan ini, boleh sertainya secara percuma di Zero to $100 Million Dollar Challenge Contest.

Tapi kalau anda tak nak join pun takpe. Beliau (Russell Brunson) tetap mahu membantu anda cari duit raya. Ehh... macam tau-tau jer kita tengah beraya kat Malaysia ni. :D

Lebih tepat lagi, beliau sebenarnya nak bantu anda mendapatkan USD1 pertama di internet ni. Itupun kalau anda belum pernah dapat la. Kalau dah dapat, bolehlah terus penuhkan akaun paypal anda tue. :)

Apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan duit raya tu ialah promosikan cabaran Zero to $100 Million Dollar Challenge ni kepada rakan-rakan anda.

Di bawah ni, saya terangkan sikit langkah-langkahnya:

1. Anda perlu daftar dulu di sini. Lepas tu, anda akan nampak paparan macam kat bawah ni. Isikan semua maklumat yang diperlukan.





2. Kemudian, anda akan ditawarkan "product offer". Kalau tak silap, ada 3 kali tawaran. Anda boleh pilih "No" (warna kelabu spt kat bawah) untuk setiap tawaran tu dan akan dibawa ke paparan seterusnya.





3. Anda akan menerima email "Welcome to the contest" daripada Russell Brunson. Simpan email ni sebab ia mengandungi maklumat penting iaitu link login, username dan password anda.

4. Klik link login yang diberi tu untuk login.





5. Kemaskinikan akaun anda (<< click here to update account now >>).





6. Untuk menerima bayaran komisen, isikan email akaun paypal anda.





7. Sekarang, tibalah masa untuk mempromosi. Anda boleh mempromosikannya di blog, forum, laman sosial seperti myspace, laman iklan percuma dan sebagainya. Sebaiknya promosikan dengan cara percuma saja.

8. Ataupun boleh hantar email saja kepada rakan-rakan anda dengan mengisikan ruangan kat bawah ni.





Baiklah, sampai di sini dulu dari saya. Harap anda boleh cari duit raya skit dengan promosikan pertandingan ni. :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...