Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Elakkan Kemalangan - Anda Mampu Mengubahnya

28 September 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma beberapa hari saja lagi. Bahangnya kian terasa. Mungkin ramai di antara anda yang telah pulang ke kampung halaman. Bagi yang bakal pulang pula, saya kongsikan sedikit tip mengelakkan kemalangan di jalanraya.

1. Keadaan pemandu

  • Pastikan tubuh anda dalam keadaan segar.
  • Berehatlah atau tidur sekejap kalau letih atau mengantuk.
  • Elakkan memandu dalam keadaan marah, cemas atau tergesa-gesa.
  • Bijak menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu.

2. Keadaan kenderaan

  • Pastikan semua lampu kenderaan berfungsi dan menyala.
  • Pastikan brek berfungsi dan mencengkam dengan baik.
  • Pastikan pengelap cermin juga dalam keadaan baik.
  • Jangan lupa periksa keadaan tayar kenderaan termasuklah tayar spare.

3. Keadaan cuaca

  • Kurangkan kelajuan kenderaan ketika hari hujan.
  • Berhentikan kenderaan anda di tempat yang sesuai jikalau hujan terlalu lebat.
  • Jangan lupa memasang lampu kenderaan di siang hari kalau cuaca buruk.
  • Rendahkan cahaya lampu hadapan semasa berhadapan dengan kenderaan dari arah berlawanan.
  • Rendahkan juga cahaya lampu hadapan ketika sedang mengekori kenderaan lain.
  • Gunakan kaca mata gelap kalau menghadap matahari ketika memandu.
  • Kalau cuaca buruk atau di waktu malam, janganlah pakai kaca mata gelap pula.

4. Keadaan jalanraya

  • Sentiasa memandu mengikut kesesuaian keadaan jalanraya.
  • Kurangkanlah kelajuan kalau keadaan jalan tu licin.
  • Peka pada isyarat lalulintas terutamanya had kelajuan, kawasan kemalangan dan tanda amaran yang lain.

5. Kesesakan jalanraya

  • Seperti biasa, rancang perjalanan anda sebaik mungkin.
  • Sentiasa bersabar, bertimbang rasa dan bertolak ansur ketika traffic jam.
  • Kalau nak membelok ke kanan atau kiri, pastikan tiada kenderaan lain terutamanya motorsikal di belakang anda.
  • Jangan memotong barisan.
  • Jangan mengekori kenderaan lain terlalu rapat terutamanya ketika berada di kawasan berbukit.
  • Jangan melakukan aktiviti yang boleh menganggu konsentrasi anda seperti baca dan balas SMS.
Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Mohon Maaf Zahir Btin kepada semua pembaca. Memandulah dengan waras demi orang yang tersayang.

p.s: Kepada anda yang belum mendapatkan ebook Rahsia Pro Affiliate tapi berminat, sila ke sini untuk mendapatkannya pada harga promosi raya.

p.p.s: Ketika anda membaca post ini, saya mungkin sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman kerana baru saja mendapat berita pemergian ibu saudara saya ke Rahmatullah. Al-Fatihah.

p.p.p.s: Kemungkinan besar lebih kurang seminggu saya tidak akan online dan update blog ini. Harap maklum.

1 comments:

Adry said...

Salam Raya... Maaf zahir dan batin


Adry @ http://www.adrysabry.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...