Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Kitar Semula Barang Dapur Anda

07 November 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Salah satu cara untuk anda berjimat cermat adalah melalui kitar semula. Antara barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, kadbod keras, plastik, kaca dan juga pakaian.

Anda boleh mulakan tabiat kitar semula ni dari rumah. Sebagai contoh, boleh mulakan dengan bahagian dapur dulu. Macamner nak mulakan?


Sumber Imej: www.agc.gov.my/agc/club/kitar.htm




Antara langkah-langkah yang boleh anda buat adalah:


1. Asingkan dulu barangan yang nak dikitar semula mengikut jenis seperti plastik, kaca dan kertas. Kemudian pilih mana yang anda nak pakai semula ataupun nak dijual ke pusat pengumpulan barangan kitar semula.


Sumber Imej: www.johordt.gov.my




2. Contohnya, bekas makanan dan minuman plastik boleh digunakan semula. Selebihnya, bolehlah anda jual.


3. Kurangkan atau elakkan penggunaan barang pakai buang seperti pinggan kertas, sudu/garpu plastik dan seumpamanya.

Sebaliknya, gunakanlah barang dapur yang tahan lama. Antaranya pinggan mangkuk/cawan/gelas kaca dan sudu/garpu stainless steel. Sekali beli, anda boleh pakai berkurun bertahun-tahun lamanya. Boleh jimat duit, kan?


4. Kalau anda merancang nak beli makanan (nasi bungkus dll) di luar, apakata bawa bekas makanan tu sendiri.

Walaupun nampak macam tak cool jer, sekurang-kurangnya dapat gak elakkan penggunaan bahan pembungkusan seperti styrofoam.


5. Gunakan semula plastik yang anda perolehi ketika membeli-belah. Jadikan ia sebagai beg plastik sampah.


6. Pada musim-musim tertentu, anda mungkin dapat terlalu banyak bungkusan hamper. Biasanya musim perayaan lah, kan?

Jikalau anda merasakan ada sesetengah makanan (dalam tin) yang mungkin tak larat nak habiskannya, bolehlah berikan kat jiran atau sesiapa yang lebih memerlukan. Selain mengelakkan pembaziran, pahala pun dapat. :)


Rasanya setakat ni dulu yang dapat saya kongsikan tentang kitar semula ni. Kalau ada sebarang input tambahan, nanti saya sambung, ok.





p.s: Kalau ada yang nak menambah, boleh gunakan ruangan komen tu yer.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...