Bila sebut pasal kad bisnes atau business card, teringat plak saya pada sitcom "2 + 1" yang pernah popular suatu masa dulu. Siapa lagi kalau bukan si sotong Sam (lakonan Imuda) tu. Bila jumpa orang jer, dialog Sam tu lebih kurang camni lah... "hai, this is my card".
Tapi jika anda seorang usahawan, ahli perniagaan, agen unit amanah ataupun jurujual, anda tentu lebih arif akan kepentingan kad perniagaan, kan? Malah, sekarang ni pun dah ramai blogger yang memiliki kad perniagaan sendiri.
Ia merupakan salah satu alat mempromosi produk ataupun perkhidmatan anda yang paling mudah dan berkesan. Hanya tempah dan berikan kepada prospek anda. Tak gitu?
Namun, adakah dengan memiliki dan menyebarkan kad bisnes atau kad perniagaan kepada prospek saje dah mencukupi? Mungkin ya. Mungkin juga tidak.
Semuanya bergantung kepada beberapa aspek yang ada pada kad bisnes anda tu sendiri. Bagaimana rupabentuk kad tersebut, apakah maklumat yang anda tulis kat situ dan beberapa ciri-ciri lain.
Jika anda perlukan maklumat yang lebih penting mengenai kad perniagaan, saya sarankan anda download dulu ebook "Rahsia di Sebalik Nama Kad Perniagaan" di bawah.
Sila download melalui ruangan ini -> ebook kad perniagaan
Sebelum itu, anda cuma perlu masukkan nama dan alamat email serta klik pada butang "Click Send". Rujuk screenshot di bawah yer.
Ia adalah ebook percuma hasil tulisan saudara Yoji dan Razif Mohd. Kalau anda nak tahu apa yang ada di dalamnya, saya ada sertakan satu lagi screenshot khas seperti berikut.
Akhir kata, luangkanlah sedikit masa anda dengan membaca sendiri beberapa info penting bagaimana menjadikan kad bisnes anda hebat serta mampu menarik ramai prospek melaluinya. Tindakan anda tu pastinya berbaloi.
Ebook percuma ni boleh anda download di sini(KLIK).
Selamat Mendownload!
0 comments:
Post a Comment