Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

UEFA Euro 2012: Denmark, Jerman, Croatia Raih 3 Mata

11 June 2012 |

Bagi perlawanan pembukaan Kumpulan B, Denmark dan Jerman berjaya mengutip 3 mata penuh di Kejohanan Bolasepak UEFA Euro 2012. Peminat Belanda tentu kecewa dengan kekalahan 0-1 kepada Denmark. Ini sedikit sebanyak menyukarkan laluan mereka ke pusingan seterusnya.

Begitu juga dengan penyokong Portugal. Pasukan yang diketuai oleh bintang Real Madrid, Ronaldo terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Jerman. Jika diikutkan keputusan mungkin 1-1, tetapi percubaan pemain portugal yang terkena palang dan mencecah garisan gol tidak dikira pengadil.


Manakala dalam perlawanan pertama Kumpulan C, Croatia bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Ireland 3-1. Juara bertahan, Sepanyol pula seri 1-1 dengan Itali.


Saya percaya perlawanan Kumpulan D di antara England dan Perancis malam ini pasti menjadi tumpuan di Malaysia. Anda boleh saksikannya pada jam 12 tengah malam jika mahu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...