Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Euro 2012. Show all posts
Showing posts with label Euro 2012. Show all posts

UEFA Euro 2012: Keputusan Semasa Perlawanan Peringkat Kumpulan 2

19 June 2012 |

2:45 pagi nanti (waktu Malaysia), akan berlangsungnya perlawanan terakhir peringkat kumpulan Euro 2012. Berikut adalah dua perlawanan Kumpulan D yang bakal berlangsung beberapa jam saja lagi.

Jadual Perlawanan UEFA Euro 2012 Kumpulan D (20 Jun)

Perancis, England dan Ukraine masih berpeluang untuk mara ke peringkat suku akhir. Justeru, ketiga-tiga pasukan ini pasti inginkan kemenangan mutlak supaya tidak tersingkir awal. Manakala Sweden, tentu tidak mahu pulang tanpa memungut sebarang mata. Malulah kalau begitu, kan?

Jadi, Sweden pastinya tidak rela membiarkan pemain Perancis merobek gawang mereka dengan sewenang-wenangnya. Paling tidak, mereka pasti teringin memungut sekurang-kurangnya satu mata.


Sebelum itu, enam pasukan yang telah mengesahkan tempat mereka di suku akhir adalah Republik Czech, Greece, Jerman, Portugal, juara bertahan Sepanyol dan Itali.


Bagaimana mereka layak?


Sudah tentunya dengan menduduki tempat pertama dan kedua bagi Kumpulan A, B dan C. Saya paparkan sekali keputusan perlawanan Euro 2012 dari 16 - 19 Jun 2012 buat tatapan anda. :)


Kedudukan Pasukan Kumpulan A, B dan C di Euro 2012 - sinarharian.com.my


Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2012 (16 - 19 Jun 2012)


Pagi esok, anda akan mengetahui jua dua pasukan terakhir yang bakal merancakkan saingan suku akhir Euro 2012. England, Perancis ataupun Ukraine. Anda rasa???

UEFA Euro 2012: Keputusan Semasa Perlawanan Peringkat Kumpulan

15 June 2012 |

Dek kerana tak sempat mengemaskini keputusan Euro 2012 dengan pantas, saya kongsikan keputusan beberapa perlawanan peringkat kumpulan sejak 12 Jun lepas. Paling mencuri tumpuan, kekalahan Belanda 1-2 kepada Jerman. Peminat "The Oranje" tentu mengharapkan keajaiban pasukan mereka dapat kalahkan Portugal sekurang-kurangnya 2-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan B.

Tak cukup dengan itu, mereka juga mahu Jerman menumbangkan Denmark bagi meneruskan perjuangan mereka. Jika apa yang dihajatkan menjadi realiti, mereka akan menduduki tangga kedua Kumpulan B. Berikut adalah kedudukan semasa kedudukan pasukan dalam Kumpulan A, B dan C.


Kedudukan semasa Euro 2012 Kumpulan A, B dan C - sinarharian.com.my


Manakala keputusan 8 perlawanan lepas adalah seperti berikut:


Keputusan perlawanan UEFA Euro 2012 (12 - 15 Jun 2012)


Tengah malam dan awal pagi nanti akan berlangsung 2 lagi perlawanan melibatkan pasukan dalam Kumpulan D.

Jadual perlawanan UEFA Euro 2012 (16 Jun 2012)


Sekian dulu buat kali ini. Saya akan cuba kemaskini perkembangan Euro 2012 yang lain pada pertemuan seterusnya.

UEFA Euro 2012: Denmark, Jerman, Croatia Raih 3 Mata

11 June 2012 |

Bagi perlawanan pembukaan Kumpulan B, Denmark dan Jerman berjaya mengutip 3 mata penuh di Kejohanan Bolasepak UEFA Euro 2012. Peminat Belanda tentu kecewa dengan kekalahan 0-1 kepada Denmark. Ini sedikit sebanyak menyukarkan laluan mereka ke pusingan seterusnya.

Begitu juga dengan penyokong Portugal. Pasukan yang diketuai oleh bintang Real Madrid, Ronaldo terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Jerman. Jika diikutkan keputusan mungkin 1-1, tetapi percubaan pemain portugal yang terkena palang dan mencecah garisan gol tidak dikira pengadil.


Manakala dalam perlawanan pertama Kumpulan C, Croatia bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan Ireland 3-1. Juara bertahan, Sepanyol pula seri 1-1 dengan Itali.


Saya percaya perlawanan Kumpulan D di antara England dan Perancis malam ini pasti menjadi tumpuan di Malaysia. Anda boleh saksikannya pada jam 12 tengah malam jika mahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...