Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

UEFA Euro 2012: Keputusan Semasa Perlawanan Peringkat Kumpulan 2

19 June 2012 |

2:45 pagi nanti (waktu Malaysia), akan berlangsungnya perlawanan terakhir peringkat kumpulan Euro 2012. Berikut adalah dua perlawanan Kumpulan D yang bakal berlangsung beberapa jam saja lagi.

Jadual Perlawanan UEFA Euro 2012 Kumpulan D (20 Jun)

Perancis, England dan Ukraine masih berpeluang untuk mara ke peringkat suku akhir. Justeru, ketiga-tiga pasukan ini pasti inginkan kemenangan mutlak supaya tidak tersingkir awal. Manakala Sweden, tentu tidak mahu pulang tanpa memungut sebarang mata. Malulah kalau begitu, kan?

Jadi, Sweden pastinya tidak rela membiarkan pemain Perancis merobek gawang mereka dengan sewenang-wenangnya. Paling tidak, mereka pasti teringin memungut sekurang-kurangnya satu mata.


Sebelum itu, enam pasukan yang telah mengesahkan tempat mereka di suku akhir adalah Republik Czech, Greece, Jerman, Portugal, juara bertahan Sepanyol dan Itali.


Bagaimana mereka layak?


Sudah tentunya dengan menduduki tempat pertama dan kedua bagi Kumpulan A, B dan C. Saya paparkan sekali keputusan perlawanan Euro 2012 dari 16 - 19 Jun 2012 buat tatapan anda. :)


Kedudukan Pasukan Kumpulan A, B dan C di Euro 2012 - sinarharian.com.my


Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2012 (16 - 19 Jun 2012)


Pagi esok, anda akan mengetahui jua dua pasukan terakhir yang bakal merancakkan saingan suku akhir Euro 2012. England, Perancis ataupun Ukraine. Anda rasa???

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...