Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Jimat Membeli Pakaian

18 April 2008 |

Jom Jimat

Pakaian merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia. Pakaian ini dari segi bahasa ialah sesuatu yang biasa kita pakai. Sebagai contoh macam baju dan seluar sama ada bahagian luar ataupun dalam, stoking, kasut, selipar dan seumpamanya. Tanpa pakaian ni ermm...anda tentu lebih memahami bukan? Oleh sebab itulah, hari ini saya akan berkongsi sedikit tip jimat dalam soal membeli pakaian.

Pertama sekali, sebelum nak buat keputusan untuk membeli, pastikan anda tanya diri anda dulu. Adakah ia benar-benar perlu atau anda saja suka-suka jer nak beli. Perlu ke aku beli baju ni?

Jikalau jawapan anda berbunyi "baju aku masih ada yang belum pakai lagi nih, tapi yang ni smart gak", lebih baik anda ambil aku cepat-cepat segera tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Ulang dua tiga kali ke. Lepas tu, apalagi katakan "tidak" ler. Huh, selamat duit aku. He..he..barulah boleh jimat kan? Kalau nampak semua yang smart atau cantik jer...nak beli, "masak" tu.

Tapi jika situasinya berbeza pula, contohnya saiz fizikal anda dah berubah dengan agak ketara. Tak kisahlah sama ada bertambah ataupun berkurang ke, anda boleh pertimbangkannya semula. Maklumlah, takut-takut anda kurang selesa dengan pakaian yang sedia ada.

Sehubungan itu, tip jimat membeli pakaian seterusnya ialah membeli atau berbelanja di tempat yang betul atau sesuai. Sesuai di sini maksudnya tempat itu mampu menawarkan harga yang berpatutan padan dengan kualiti pakaian yang ditawarkan.
Ataupun, cara yang lebih mudah pilih gedung yang mengadakan jualan murah dan harganya memang murah dari kebiasaan.

Oh, ya! Bercakap pasal kualiti ni, saya teringat pada sehelai seluar yang dibeli kira-kira lima tahun lepas. Seluar itu boleh dikatakan berkualiti jugak. Tapi jenamanya ....tut.... terpaksa saya rahsiakan. Sampai sekarang masih elok dan boleh dibuat jalan-jalan lagi;p Banyak kenangan saya dengannya.

Dan apa yang saya nak sampaikan ialah bukan pasal kualiti saja yang perlu diambilkira. Faktor lain seperti penjagaan fabrik juga perlu dititikberatkan.

Saya pernah buat ujikaji terhadap dua helai seluar. Kedua-dua helai seluar tu mempunyai kriteria yang sama dari segi harga, jenama, model dan cutting. Tahap kelasakan dan cara pemakaian juga sama. Cuma warna dan tarikh pembeliannya sikit berbeza iaitu jaraknya lebih kurang dalam enam bulan.

Malah perbezaan yang ketara adalah cara penjagaannya. Cara penjagaan ni berbeza dari segi cara membasuh, menjemur dan juga menyimpan.

Hasilnya, seluar yang saya lebihkan tahap penjagaannya nampak lebih steady. Walaupun dah lama, ia masih menawan. he..he..

Moral yang nak saya sampaikan ialah kalau kita nak tahan serta boleh pakai lama ialah optimumkan cara penjagaannya. Itu saja. Ia agak mudah tetapi anda perlu konsisten:)


Nampaknya, dah agak panjang berjela saya tulis ni, jadi izinkan saya berhenti dulu yer. Nanti saya sambung lagi mengenai tip jimat membeli pakaian ni.

Ahaah! Sampai bertemu dan selamat bertemu kembali.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Jom Jimat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...