Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Kartunis Ubi Kini Kembali

03 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Adakah anda peminat fanatik Kartunis Ubi? Kalau minat, kita serupa....:) Apa yang lebih best ialah kini anda dah boleh mengubat rindu terhadap karya Kartunis Ubi ni. Ini kerana beliau telah dilantik menjadi kartunis MajalahIM. Kini, setiap bulan anda boleh menikmati karya beliau melalui satu kolum khas dalam MajalahIM ni. Jadi teruskan kesetiaan anda membaca MajalahIM ni yer.

Baiklah, khusus untuk anda saya akan mengupas serba sikit kandungan MajalahIM edisi kelima ni. Seperti yang anda nampak di sebelah ni, cover depan edisi kali ni dihiasi oleh dua orang anak muda yang telah berjaya dalam industri IM. Lain tak lain ialah Adli dan Zhafran.

Untuk pengetahuan anda, Adli juga merupakan Ketua Editor untuk MajalahIM ni. Manakala Zhafran pula bertanggungjawab terhadap Graphics dan Layout.

Kandungan MajalahIM edisi kali ni merangkumi Manusia Ini Pelik, Search Engine Optimization (SEO), Anda Gagal!, Resepi Kejayaan Dengan Kekuatan Minda, Anda Mahu Wang Tunai Segera, Tips Submit Laman Web ke Direktori, Ilmu Bisnes - Proses Pembelajaran Berterusan dan beberapa topik lain.

Tak lupa juga, karya dari Kartunis Ubi pun ada. Anda pasti teruja!

Pendek kata, semua info di dalam MajalahIM ni memang best. Ada paparan yang bersiri seperti topik SEO oleh Fuad Latif. Jika anda mahu belajar SEO, jangan ketinggalan mengikuti tulisan beliau.

Fuad Latif ni merupakan otai dalam bidang SEO. Siapa yang pernah berguru dengan beliau, mesti kagum punyalah!

Akhir kata, anda boleh mendapatkan MajalahIM ni sama ada di MajalahIM.com atau pun di FlareBiz.com

Jadi dapatkannya sekarang dan Selamat Membaca!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...