Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,
Baiklah, hari ini saya akan menyambung siri Tip Memilih Kereta Terpakai. Harap anda semua terhibur :D
Lazimnya, agak sukar untuk kita mendapatkan kereta terpakai yang mampu memenuhi citarasa atau spesifikasi yang dikehendaki. Untuk itu, saya berharap tip di bawah ni sedikit sebanyak dapat memberi garis panduan yang sewajarnya kepada anda. :)
Untuk memilih kereta terpakai pastikan anda:
1. Periksa dahulu keadaan talipinggang keledar, karpet dan kusyen tempat duduk depan dan belakang.
2. Jika tempat duduk tersebut disarung dengan kusyen, jangan segan silu untuk tengok di sebaliknya. Manalah tahu jika ada sebarang kecacatan, kekotoran atan dah terlalu lusuh!
3. Tengok betul-betul keadaan tempat duduk dan karpet di lantai kereta tu. Ada tak kesan-kesan yang menandakan kereta tu selalu membawa benda-benda berat.
Elakkan daripada membeli kereta yang selalu membawa lebih bebanan!
4. Hah! Jangan lupa periksa tahap kelegaan pedal brek juga.
Setelah memeriksa keadaan luaran dan komponen kereta, sekarang tiba masanya untuk test drive!
a. Apakata kalau anda cuba memandu pada keadaan permukaan jalan yang berlainan.
b. Jangan lupa periksa tahap kemampuan brek kereta ketika sedang memandu ujinya.
c. Peka dengan sebarang gegaran dan tahap kemampuan penyerap hentakan sama ada di bahagian depan dan belakang kereta tersebut.
d. Jika kereta yang sedang dipandu uji itu bertranmissi manual, peka juga terhadap kelancaran clutch.
e. Dengar-dengarkan juga bunyi enjin kereta. Ada tak sebarang bunyi-bunyian yang pelik atau kurang menyenangkan halwa telinga anda?
f. Ada tak berlakunya sebarang gegaran pada enjin, tayar di depan atau belakang ataupun wujud sebarang tanda-tanda yang agak kurang menyenangkan?
g. Lakukan pertukaran gear sebanyak mungkin dan rasakan bagaimana tindak balas kereta pada masa tu.
h. Kemudian, biarkan enjin dalam keadaan "idle". Pada waktu ini, dengar sekali lagi ada tak sebarang bunyi bising atau gegaran yang memungkinkan sama ada enjin tidak di"tuned" dengan baik atau pun berlaku kerosakan pada bahagian "valve"(injap).
Bersambung lagi da.......
Jangan lupa, saya akan sambung lagi siri Tip Memilih Kereta Terpakai ni, tungggguuu!
Wassalam.
Tak Nak Rugi I Bukannya Bakhil I Tapi Cermat
Tip Memilih Kereta Terpakai
05 July 2008 |
Posted by
Unknown
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
(*-*) Untuk Anda (*-*)
Arkib
Langganan Melalui E-mel
*** Tip Temuduga Anda ***
Label Jom Jimat
Amalan Berpuasa
Amalan Hari Raya
Amalan Jutawan
Amalan Sunat
Azizi Ali
Bahaya Merokok
Belanja Kahwin
Beli Kereta
Beli Rumah
Berhenti Merokok
Berjimat
Berjimat Cermat
Cara Jimat Minyak
Chef Li
Doa Akhir Tahun
Doa Awal Tahun
Dr. Fadzilah Kamsah
Dr. Irfan Khairi
Fakta Merokok
Harga Emas
Hari Asyura
HUBUNGI SAYA
Jimat Air
Jimat Duit
Jimat Elektrik
Jimat Masa
Jimat Tenaga
Jom Jimat
Kasut Lelaki
Kasut Wanita
Kenaikan Harga Minyak
Kepentingan Solat Jumaat
Kesan Merokok
Majlis Perkahwinan
Melabur Emas
Mengingati Mati
Mentor Jutawan
Merancang Perbelanjaan Perkahwinan
Merdeka Sales
Pelaburan Emas
Perkara Sunat Hari Raya Aidilfitri
Perkara Sunat Ketika Berpuasa
Persediaan Menghadiri Temuduga
Persediaan Semasa Hari Temuduga
Persiapan Perkahwinan
Surat Permohonan Kerja
Tip Beli Kereta
Tip Jimat Barang Runcit
Tip Jimat Cermat
Tip Jimat Elektrik
Tip Jimat Membeli Pakaian
Tip Jimat Petrol
Tip Memilih Kereta Terpakai
Tip Memilih Saiz Kasut
Tip Memilih Seluar Lelaki
Tip Mengelakkan Kemalangan
Tip Mengurangkan Kos Perubatan
Tip Penjagaan Tayar Kereta
0 comments:
Post a Comment