Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Kursus SmartStudy: Jimat dan Menyeronokkan

22 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Hari ini saya ada satu berita ringkas khas buat ibu bapa dan pelajar yang ada keinginan untuk cemerlang. Saudara Osman Affan bakal mengendalikan kursus motivasi dan teknik belajar yang lebih dikenali sebagai Kursus SmartStudy.

Kursus SmartStudy ni adalah langkah pertama yang diperlukan oleh pelajar untuk menjadi cemerlang.

Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita perlu meningkatkan motivasi diri untuk belajar dahulu. Kemudiannya, ia dituruti dengan teknik belajar yang berkesan!

Ingat, belajar adalah satu proses yang menyeronokkan!



Kursus SmartStudy ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Membina minda seorang pelajar cemerlang.
2. Menguasai 3 teknik utama kemahiran belajar.
3. Mendisiplinkan diri dengan pengetahuan psikologi peperiksaan.


Kursus Motivasi dan Teknik Belajar akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah:

Tarikh: Sessi 1 - 16 & 17 Ogos 2008, Sessi2 - 23 & 24 Ogos 2008.
Sessi 1: Pelajar sekolah menengah (tingkatan 1 hingga 5).
Sessi 2: Pelajar sekolah rendah (darjah 4, 5 dan 6).
Hari: Sabtu dan Ahad.
Masa kursus: 9 pagi sehingga 6 petang. (Pendaftaran bermula dari 8.15 pagi)
Lokasi: Conference Room, Research Management Centre, UIA.

Tempat adalah terhad kepada 50 peserta sahaja untuk setiap sessi.

Untuk menyertai kursus ini, saya sarankan anda daftar sebelum 31 Julai 2008 untuk jimat duit anda sebanyak RM50.

Jadi, anda hanya perlu membayar RM250 sahaja untuk menghadiri kursus motivasi dan teknik belajar yang menyeronokkan ni. :)

Sekiranya anda tidak tahu lokasinya, usah risau. Saya sertakan sekali pelan yang disediakan oleh pihak smartstudy.com.my di bawah:


Pelan 1: Peta ke UIA Gombak dari jalan utama


Pelan 2: Peta ke Conference Room, Research Management Centre, UIA

Untuk menjimatkan duit anda sebanyak RM50 dan menyertai kursus yang menyeronokkan ini, sila ke smartstudy.com.my untuk pendaftaran awal.

Semoga pelaburan anda ini mampu melahirkan ramai lagi pelajar cemerlang! Apa yang lebih manis ialah mereka merupakan anak-anak ataupun ahli keluarga anda sendiri. :)

Ahaah! Sampai di sini dulu buat kali ini. Nanti kita jumpa lagi yer.

p.s: Saya dalam proses membaca e-book mentor jutawan dari Dr. Irfan Khairi ni. Nanti saya akan kongsikan sikit dengan anda semua. :)

p.p.s: Kalau anda nak baca e-book mentor jutawan ni, boleh dapatkannya di Mentor Jutawan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...