Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Tip Memilih Kereta Terpakai Siri 4

19 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Bertemu kembali dalam siri 4 untuk tip memilih kereta terpakai. Tanpa berlengah, saya sertakan tip terakhir pada siri yang lepas supaya anda dapat mengimbas kembali yer. Lepas tu, barulah saya akan sambung dengan tip yang baru. :D

h. Biarkan enjin kereta tu dalam keadaan "idle". Pada waktu ini, dengar sekali lagi ada tak sebarang bunyi bising atau gegaran yang memungkinkan sama ada enjin tidak di"tuned" dengan baik atau pun berlaku kerosakan pada bahagian "valve"(injap).

i. Ketika ini, pastikan hidung anda peka agar dapat mengesan sebarang bau yang pelik. Jika anda terbau sesuatu yang kurang menyenangkan, memang ada yang tak kena dengan enjin kereta ni.

j. Bagi kereta terpakai bertransmissi 'auto', pastikan penukaran gear berjalan lanjar dan tidak tersekat-sekat. Jika tidak, itu maknanya ia perlu dibaiki (repair).

k. Semasa memandu uji kereta terpakai tu, tengok-tengok atau cuba perhatikan melalui cermin pandang belakang/sisi keadaan asap yang keluar dari ekzos.

Ada tak keluar asap berwarna putih? Kalau ada, maknanya kereta terpakai tu terpaksalah di'overhaul'.

l. Ooh, yea! Jangan lupa periksa bagaimana kuasa kereta terpakai tu sama ada ketika menaiki bukit ataupun ketika berada di atas bukit.

m. Pastikan keadaan alat penghawa dingin pun dalam keadaan baik.

n. Cuba 'on' radio, mainkan kaset atau pemain cd/vcd/dvd jika ada. Ia berfungsi ke tak?

o. Uji juga keadaan wiper. Kalau hari hujan dah turun, memang wiper ni teramatlah penting. Pastikan ia berkeadaan dan mampu berfungsi dengan baik.

p. Jika berkesempatan, uji kereta terpakai yang diidamkan tu dalam semua keadaan cuaca. Barulah kita dapat tahu gambaran sebenarnya dalam pelbagai keadaan, ye tak?

q. Jika nak selamat dan terjamin, ajak sekali rakan anda yang ada kemahiran dalam bidang automotif ni. Kalau kawan anda tu mekanik lagi bagus!

Minta tolong beliau buat penilaian dan beri pendapat tentang kereta yang anda cadang nak beli tu. Kalau boleh member yang boleh dipercayailah!

r. Selain itu, elakkan berurusan untuk membeli kereta terpakai ni pada waktu-waktu tertentu seperti waktu malam, hujan ataupun dalam keadaan tergesa-gesa.

Cari waktu yang anda dalam keadaan fresh atau mampu berfikir serta membuat pertimbangan dengan baik tanpa mudah termakan pujuk rayu si penjual!

Biasanya penjual kalau belum dapat duit ni, memanglah mulut mereka ni manis macam madu. Tapi lepas dah dapat duit, faham-faham jelah.

psst....tapi tak semua jurujual macam tue. hehehe...

s. Tip terakhir ialah pastikan anda berurusan dengan orang yang betul. Pastikan anda boleh mempercayai beliau. Kenali beliau.

Ambil tahu nama sebenar, nombor yang boleh dihubungi (cuba telefon on the spot) dan kalau boleh alamat rumah sekali da (untuk keselamatan, manalah tau kot-kot kena tipu hidup-hidup ker).

Sebelum menandatangani sebarang perjanjian, pastikan persetujuan yang dicapai memuaskan kedua-dua belah pihak.

Jadi, kepada anda yang ingin membeli, mintalah apa-apa keistimewaan yang boleh contohnya pemberian percuma (free gift), voucher petrol, kupon servis dan sebagainya. Bergantung kepada tempat anda membeli. Sebelum membeli tu ayatlah sikit penjual tu supaya beliau 'cair' dan murah hati kat anda. :D

Amacam, Selamat Mencuba!

Ahaah! Sampai di sini saja tip membeli kereta terpakai. Jika ada tip lain, boleh dikongsikan di bahagian komen yer;p

p.s: Dah download laporan percuma Rahsia Pro Affiliate tak? Kalau belum, klik jer banner kat bawah. Sementara masih free of charge lagi ni. :)



Sekian, terima kasih.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...