Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

Mentor Jutawan Dr. Irfan Khairi

26 July 2008 |

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,


Mentor Jutawan sebenarnya telah berada di pasaran sejak lebih seminggu yang lalu dan sambutan terhadapnya amat menggalakkan. Bayangkanlah, baru dua tiga hari saja dilancarkan, pesanan yang diterima telah melebihi 100 pesanan. :)

Bagi yang belum maklum mengenai Mentor Jutawan, ada baiknya saya ceritakan sedikit.

Mentor Jutawan adalah sebuah produk digital berupa e-book yang memuatkan koleksi transkripsi temubual terpilih di antara Dr. Irfan Khairi sendiri dengan 7 Mentor Jutawan yang lain. Manakala Dr. Irfan Khairi pula ditemuramah oleh saudara Nizal Mohammad.

Khas buat anda, saya nak kongsikan sedikit apa yang menarik tentang temuramah di antara saudara Nizal dengan Dr. Irfan Khairi.

Apakah faedah yang kita dapat setelah membaca kandungan transkripsi ni?

1. Kita dapat mengenali Dr. Irfan Khairi secara lebih dekat lagi. Latarbelakang beliau dan bagaimana boleh tercetusnya matlamat untuk menjadi jutawan.

2. Beliau ada kongsikan bagaimana menyusun dan mengatur strategi hidup dalam usaha mencapai status jutawan.

Kalau ada yang bercita-cita nak jadi jutawan tu, bolehlah ketahui apa yang beliau buat pada peringkat awal. Pengalaman pahit manis pun ada dikongsikan. :)

3. Boleh mencontohi pemikiran dan tindakan yang sepatutnya dilakukan untuk mencapai cita-cita sebagai seorang jutawan.

dan banyak lagi!

Apa yang lebih menarik ialah di dalam e-book Mentor Jutawan ni, ada diselitkan kata-kata peransang dari setiap mentor.

Ingin saya petik di sini beberapa kata peransang dari Dr. Irfan Khairi sendiri iaitu;

Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini.

Berjaya atau gagal adalah tanggungjawab sendiri. Jangan pula bila berjaya kita kata kita hebat. Bila kita gagal, kita beri alasan dan menyalahkan orang lain.

Kita perlukan pengorbanan bukan sekadar wang sahaja, tetapi juga masa dan usaha di mana ianya perlu pada saya untuk mendapatkan ilmu.

-Irfan Khairi


Ahaah! Itu saja yang boleh saya kongsikan walaupun ada banyak lagi yang sebenarnya yang boleh dikupas dan digali. Saya tak nak kupas seorang diri, apa kata anda pun kupas sama:)

Caranya mudah saja, dapatkan e-book ni di Mentor Jutawan

Anda pasti akan lebih bermotivasi untuk menjadi jutawan lepas ini. :D

p.s: Jika berkesempatan, kelak saya akan kongsikan kandungan transkripsi temubual dengan jutawan yang lain pulak. :)

2 comments:

Kipas Repair JB said...

Alamak.... cerita tergantung...elok2 baca, dah terbengkalai pulak...

Anyway, tulisan anda membuak minda saya...TQ

Unknown said...

Hai alzack,

Pertama sekali, terima kasih
di atas komen anda.

Maaflah kalau cerita ni agak
tergantung.

Saya tak bolehlah nak ceritakan semuanya di sini bagi menjaga hakcipta terpelihara Dr. Irfan. :)

Saya pun memang teruja baca
e-book mentor jutawan ni, tapi
hanya setakat di atas saja yg
dapat dikongsikan dengan para
pembaca sekalian.

E-book ni sedikit sebanyak memang
dapat membuka minda kita.

Jika tiada aral, saya akan
sambung lagi kandungan e-book
mentor jutawan ni di sini.

Jikalau anda tak sabar, saya
syorkan dapatkannya di

http://tinyurl.com/mentorjutawan

Sekian, terima kasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...