Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan

8 Tip Berjimat di Bulan Ramadhan

21 September 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Walaupun bulan Ramadhan dah hampir ke penghujungnya, saya rasa terpanggil untuk menyelitkan secara ringkas beberapa tip berjimat cermat. Ada 8 tip jimat cermat kesemuanya. Mudah-mudahan ada boleh praktikkannya bukan setakat pada bulan puasa malah hari-hari lain pun sama.

Tip jimat cermat yang dimaksudkan adalah;


1. Azam berjimat

Dengan menanamkan azam, secara tak langsung ia akan membantu anda agar berpada-pada dalam berbelanja. Paling mudah, waktu membeli juadah berbuka puasa.

Sebagai contoh, katakan anda berazam nak berbelanja kurang daripada RM10. Secara tak langsung, azam anda tu akan membantu anda mengawal perbelanjaan!


2. Belanjawan harian

Azam sahaja memang tak cukup. Anda harus mempunyai belanjawan untuk menyokong azam tersebut. Kalau tak, takut tersasar nanti.

Cara senang buat belanjawan, catat segala yang ingin dibelanjakan seharian di atas sehelai kertas. Catatan tu akan bertindak sebagai panduan bila anda nak berbelanja kelak.


3. Jangan bawa duit berlebihan

Taktik ni dah terbukti berkesan kepada ramai orang. Bawa duit cukup-cukup jer seperti yang dirancang. Walaupun cara ni agak susah dilakukan tapi memang berkesan.


4. Jangan berbelanja ikut nafsu

Latih dan kawal diri supaya tidak mengikut nafsu. Memang tak dinafikan kalau tengok makanan yang dijual kita akan kecur air liur teruja untuk membeli.

Tapi cuba anda kaji, biasanya kalau beli terlalu banyak juadah; adakah anda berjaya menghabiskannya? Ataupun masuk ke dalam tong sampah?


5. Kirim jer juadah

Kalau anda berasa amat sukar nak mengawal nafsu membeli ketika mengunjungi bazar Ramadhan, alternatifnya anda boleh mengirimnya saja daripada rakan ataupun ahli keluarga yang lain.


6. Berbuka dan bersahur di rumah

Berbuka dan bersahur di rumah bukan sahaja dapat menjimatkan duit. Malah masa anda juga. Maklumlah waktu Maghrib agak pendek. Takut terlajak la pulak.


7. Berbuka dan bersahur di surau atau masjid

Kalau anda nak penjimatan maksima, boleh manfaatkan majlis berbuka dan sahur anjuran
sesetengah surau atau masjid.

Selain berjimat, anda boleh terus solat berjemaah sekali. Inilah peluang terbaik untuk anda menggandakan pahala.


8. Berkongsi atau bertukar juadah

Satu lagi cara berjimat ialah berkongsi juadah dengan teman serumah. Setiap seorang beli juadah yang berbeza. Ini bagi yang masih bujang la.

Bagi yang dah berkeluarga, anda boleh bertukar-tukar juadah sesama jiran tetangga. Di samping dapat merasa masakan yang berlainan jenis, secara tak langsung boleh mengeratkan silaturrahim sesama jiran.


Selamat Berjimat!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...