Rujukan Lengkap sebagai Persediaan Anda Hadiri Temuduga Kerja Kerajaan
Showing posts with label Kedai Internet. Show all posts
Showing posts with label Kedai Internet. Show all posts

PPL Kedai Internet - Fasa 2 Dah Mula

25 November 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Anda dah download laporan percuma kedai internet tak? Kalau belum, anda patut download sekarang kat SINI. Kalau anda masih tertanyer ape hal saya suruh download, boleh rujuk post saya bertajuk Laporan Percuma: Kedai Internet. Anda akan lebih jelas di sana. :)

Saya cuma nak sampaikan 1 berita baik nih. Iaitu program pay per lead (ppl) kedai internet ni telah disambung semula untuk fasa ke 2. Baru semalam jer dapat email daripada saudara Zulyunus.

Menurut beliau komisen untuk fasa pertama akan dibayar selewat-lewatnya pada 30/11 ni. Rasanya semua akan dapat komisen kot. Anda boleh lihat screenshot kat bawah ni;


Rajah 1: Statistik ppl kedai internet Fasa 1



Untuk ppl kedai internet ni, saya guna username - kedaimaya. Seperti yang anda lihat, saya cuma dapat 2 referral saja. Tak kisahlah berapa referral yang saya dapat, kan?

Apa yang lebih penting, harap lepas munculnya laporan percuma ni, lebih ramai rakan-rakan kita yang celik tentang kedai internet. Seterusnya lebih terbuka untuk membuat transaksi secara online (atas talian).


Rajah 2: Sambungan statistik ppl kedai internet Fasa 1



Kalau anda lihat, username - signup mendapat referral tertinggi iaitu 179. Sebagai pemenang tempat pertama, beliau juga dapat bonus RM50 sebagai tambahan.

Tahniah yer signup!



Berbalik pada ppl kedai internet fasa 2 pula, ia dah bermula pada 24/11 iaitu semalam. Bakal berakhir pada 15/12 depan. Kiranya aku tahu anda ada lebih kurang 20 hari lagilah untuk mempromosikannya. :)

Untuk fasa 2 ni, ada had pembayaran minimum yang ditetapkan. Iaitu RM3. Setiap referral yang anda bawakan, komisen 30 sen akan diberi.

Kesimpulannya, anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 10 orang referral untuk menerima bayaran, ok. Kalau tak dapat, jangan komplen tak dapat bayaran plak yer. Hehehe...

Tapi untuk menaikkan semangat anda, bonus RM60 akan diberikan jika berjaya mendapatkan referral tertinggi dalam fasa 2 ni.

Akhir kata,...

Selamat Mendownload & Teruskan Usaha Mempromosi Anda!

Laporan Percuma: Kedai Internet

08 November 2008 |

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Skali lagi dalam tempoh 5 hari, saya nak kongsikan laporan percuma yang ditulis dalam bahasa Malaysia. Kali ni ia dihasilkan oleh saudara Zulkifly Mohd Yunus. Beliau bukan setakat berikan laporan percuma jer, tapi menawarkan program pay per lead (ppl) gak. Maknanya, anda boleh mempromosikannya dan mendapat 25 sen untuk setiap referral.


Laporan percuma karya Zulkifly (gambar) ini bertajuk Kedai Internet.

Kedai internet ni amat sesuai bagi anda yang masih tercari-cari lagi rentak menjana pendapatan di internet. Apa yang perlu anda buat? dan Program apa yang boleh anda join?

Beliau dahpun menyenaraikan program-program tersebut. Anda cuma pilih sama ada nak terus bermula ataupun sekadar berdiam diri.

Kesimpulannya, laporan kedai internet ni lebih sesuai kepada anda yang memang takder idea langsung camner nak menjana pendapatan di internet. Kepada anda yang dah sedia maklum tentang perkara yang dibincangkan, bolehlah sebarkannya kepada kawan-kawan yang masih blur tentang menjana pendapatan di internet.


Ohh yea, anda boleh download laporan ni di SINI atau klik saja banner kat bawah.



Ok, bagi program ppl plak, ia berlansung dalam 2 fasa. Fasa pertama bermula jam 12 tengahari 1 November sampailah 15 November 2008 (12 tengahari).

Pembayaran komisen untuk fasa pertama akan dibuat pada 30 November 2008. Tapi saya terlupa plak nak tanya pembayaran minimum. Biasanya dalam lingkungan RM5 ataupun RM10.

Saya cadangkan anda promosi jer laporan ni. Selain dapat ilmu, kita dapat bantu rakan-rakan lain untuk bermula menjana pendapatan di internet, kan?

Tapi, kalau anda berjaya membawakan referral terbanyak, bonus sebanyak RM50 akan diberikan!

Jadi, anda boleh promosikannya bermula 1 minggu dari sekarang setelah mendownloadnya di SINI.


Selamat Mendownload & Salam Sukses!


p.s: Anda akan mendapat maklumat lanjut tentang program ppl melalui email nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...